August 03, 2009
1711 hrs
Aku takkan membicarakan/membincangkan tentang hal politik atau pa pe yg berkaitan dengannya dalam blog ni. Masalah sendiri pun tak selesai, ini nak cakap pasal masalah negara pulak. Tapi, kalau ditanya pendapat aku tentang demonstrasi yang berlaku di ibu negara, aku akui...org2 yang terlibat itu sunggu bodoh.
Jin Notti, filem terbaru KRU ditayangkan kat Dewan Tuanku Syed Putra semalam, tapi aku tak p tengok pun. Masa mereka2 yang terlibat sedang sibuk bersedia untuk tayangan, aku otw nak keluar cari something mengisi tembolok ku yang dari pagi kosong. Aku lapar nasik yang teramat sangat pada waktu itu.
Aku ingatkan sambutannya takde la menggalakkan sebab adanya Raja SMS dalam filem tu. Tapi, aura Farah Fauzana lebih kuat dan rata2 yang menonton memberitahu, 'kehadiran' si Fafau la yang membuatkan mereka menyeret kaki menonton tayangan tersebut.
Aku cuma beli dua tiket setakat ni. Setem dan Papadom. Walaubagaimanapun, Setem tak jadi ditayangkan dan aku hanya menonton Papadom. Aku akui, pada mulanya aku agak skeptikal dengan filem Malaysia (melainkan filem arahan late Yasmin Ahmad serta Mamat Khalid). Aku dah set dalam minda, filem ni konpem mendayu2 dan membosankan.
Tapi, tanggapan aku salah. Papadom boleh diberi tabik jugak la... Dimulakan dengan persembahan boria, satu dewan gelak besar. Mulanya, aku terfikir jugak, Afdlin dah start berguru dengan Prof. Razak ke? But as the film goes on, ternyata berlainan. Of course, temanya tak lari dari apa yang biasa dipersembahkan oleh sutradara Malaysia. Papadom mengisahkan tentang pengorbanan/kerisauan/rasa over protect seorang ayah terhadap anaknya.
Ada beberapa babak yang korg akan rasa, eii, tak logiknya tapi itu boleh di ignore (bagi aku la!) dengan adanya lawak2 bersahaja dari Afdlin dan Nor Khiriah.
Towards the end, bagi aku dah agak mengarut sikit. Seakan-akan Afdlin tatau mcm mana nak end citer ni. A bit kelamkabut dan dalam tergesa2 bagi aku. Kenapa dan mengapa? Korg tengok la sendiri kalo filem ni dah kuar nanti k? Walaubagaimanapun, Papadom sangat2 menghiburkan.
Tiket Free + H1N1 ada kaitan.
Begini.
Dari minggu lepas aku demam dan asek terbatuk2. Sekarang demam dah kebah tapi batuk aku makin melarat2. Makin bertambah teruk bila aku 'melanggar pantang' dan makan durian dengan member semalam... mana tahan beb...
Dan hari ni, aku nekad ke Pusat Sejahtera (Pusat kesihatan kampus induk USM). Bersebelahan je dengan desa aku tp malasnya ya ammmppuunnn.... Aku mmg malas nak ke pusat tu.
Pertamanya, dibuatnya aku ada H1N1, tak ke mampos aku kene tahan/kurantin.
Keduanya, selalu ramai org.
Ketiganya, takde alasan lagi.
Well, tadi aku pergi, dicheck suhu badan etc... aku ok. Thank God for that. Cuma pegawai kesihatan tu suh aku datang balik kol 2pm amek ubat. Kol 2pm aku ada kelas so, lepas ni la kot aku p ambik ubat tu....
Apa kaitannya dengan tiket free???
Ehm, banyak universiti dah tutup kerana kes ini. Termasuklah kampus kejuruteraan USM di Sri Ampangan, Nibong Tebal. Kampus induk je tak tutup. Sebabnya, tak lama lagi nak convo. So, tahan la dulu.
Dan aku dah buat keputusan, aku akan balik ke tanah air ku masa cuti tu. Biar pun seminggu lebey je, aku nak balik jugak. Sebabnya? Aku dapat tiket free ehehehehe....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment