Saturday, February 20, 2010

Delayed Post About "Stuff"

February 22, 2010
1054 hrs

Sebelum aku mula merapu banyak dalam entry kali ini, aku nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY to my BELOVED LIL ‘BIG’ BRO, JACOBSE CAMILUS TINGANG FABIAN a.k.a Yoyo. Sorry Yo ha, ake biun bien kelo nai update blog hahaha. He’s now 22 years old.

Wow! Aku pun tak sangka adik aku dah besar. Sebesar badannya hahaha... Anyway Bro, moga dengan pertambahan umur ini bermakna bertambah la juga wisdom mu and all the best in life. May the love and blessing of our beloved Lord always be with u, in whatever u do!

This is us – minus my big bro yang masa ni tak ada di Bintulu




Siapa kata kalau dah besar tak boleh have fun???






Okay, itu pasal Yoyo. Owh, dalam post yang lepas aku ada kasi tau gang CG (my group of frends) ada kasi hadiah bebdey yang surprise kan? Kat bawah ni adalah gambar ‘surprise’ present tersebut. Bersama dengan hand made birthday card by Kuan. She’s very creative!















Present aku dapat... yea! Yea! Hahahaha...sot








Warnanya biru... warna kegemaran aku selain dari putih dan hitam. Good choice! Kalau dulu di MIIM, aku ada gang 3G, sekarang di USM, ada pulak gang CG hahhaha...klakar betul la.

Hello, tuan blogger, awak tu dah tua, sedar2 sikit!

Actually, bukan ‘gang’ tapi rakan2 rapat yang sentiasa ada bersama... ^^

Owh, bagi PELAJAR USM @ KAMPUS INDUK, jangan lupa nanti masa MINGGU JUALAN WUS, sila ke gerai kami kalau anda nak beli benda yang sama macam aku dapat ni. nombor gerai, tempat dan masa akan diberitahu kelak. Yang pasti, minggu JUALAN WUS adalah AWAL BULAN MARCH.

Selain dari hiasan untuk handphone, bendalah ni jugak boleh dijadikan rantai, gelang and lain2 lagi. Ada banyak design boleh pilih. Selain dari bekas lonjong macam aku punya ni, ada jugak bentuk bunga, binatang and bentuk2 lain. Jadi, jangan ketinggalan hahaha...

Kawan aku, si Monica ada beli satu untuk bakal kakak ipar dia. Kaler pink.



Dalam post yang lepas2 jugak, aku ada kasi tau tentang Kempen Kesedaran Kanser Payudara kan? Set gambar seterusnya adalah dari hari kempen tersebut. Aku ambik dari member. I didn’t bring my camera to the event sebab takut hujan etc. Lagi pun berat wooo...

Beratur check tekanan darah and BMI.










Selepas ambik tekanan darah segala macam benda tu, kitorg pun masuk ke Dewan Budaya untuk mendengar ceramah and nasihat pemakanan. Selepas setel itu semua, aku and few frens p ke Pusat Kesihatan Bergerak a.k.a Klinik Bergerak untuk check payudara. Kene beratur woo... Sorang dia ambik masa dalam 15-20 minit untuk check.

Dalam bus ni ada mesin mamogram. Nurse tu kata sakit buat pemeriksaan mamo sbb payudara kene kepit. Aku tgk gambar cara-cara pemeriksaan di buat pun takut! Phewww...



Apa2 pun, aku sihat segalanya. Dan lepas ni aku takkan komplen dah pasal bontot besar etc sbb ternyata BMI aku perfect. Apa lagi aku nak selain dari kesihatan yang bagus?

Seterusnya, minggu photography. Minggu yang paling memenatkan untuk aku sebab terpaksa berkejar ke sana ke mari tetapi dalam masa yang sama, adalah satu minggu yang SANGAT MENYERONOKKAN.

Photography Club USM, pada 8-12 Feb lepas mengadakan satu event yang dikasi nama Charity Through Photography. Kitorg ada buka mini studio untuk warga USM dan orang luar datang amek gambar. Kat situ jugak terus print. Yang bestnya, sekeping RM4 sahaja. The quality? The best, I tell you. Sebabnya? Printer, camera, paper etc di SPONSOR OLEH CANON. Apa lagi nak mintak kalo Canon dah dengan sebaik2 hati telah kasi semuanya dengan percuma.

Walaupun studio yang kitorg buka ala kadar je, tapi sambutan sangat menggalakkan. Canon sendiri provided us with canon 1000d and 500d plus lenses including wide lens 10-55mm, 50mm and apa ntah lens lagi, aku pun dah tak ingat. Yang aku ingat, perasaan seakan-akan terbang tinggi ke langit bila dapat bermain dengan camera and lenses yang aku tak mampu nak beli buat masa sekarang.

Kitorg take turns untuk duty di studio. Aku tak konfiden sangat so, aku tak banyak ambik. Only few photos. The best part was bila photographer Canon sendiri datang, Mr Kevin Chooi, and ambik gambar org yang datang ke studio.

Dalam minggu photo ni jugak, aku sempat berkenal2 dan belajar few things yang aku tak mahir dari photographer2 yang mahadewa pandai hahaha... Ada sorg dari mereka yang mengagumkan. Dia student USM, pelajar dari seberang laut. I was told dia memang dah go pro di tempat dia, so, apa lagi... tunjuk ajar ku sifu!!!

Selain dari dia, ada lagi beberapa org. Ada jugak photographer dari tanah air terchenta (SARAWAK). So, I do feel happy + Happy + HAPPY hahaha sebab banyak perkara yang best berlaku sepanjang minggu tersebut.



Sesi tunjuk ajar dan menggodeh camera


Sorry k, kat cni hanya ada gambar aku sahaja hahaha. Di ambik oleh photographer2 best. Aku jadik model tak rasmi sambil belajar. Aku ada ambik gambar event tapi malangnya, aku tak copy pun daar CF card yang terbabit hahaha. Jadi, tak dapat nak tunjukkan gambar2 studio lain and gambar di tempat kejadian dalam minggu tersebut.









Dan seterusnya, sesi Round Penang In 12 Hours.

Ini berlaku dalam bulan Januari. Lewat Jan kalo tak silap aku. Kitorg pergi mencari pembekal barang untuk jualan WUS dan sambil2 tu, jalan pusing Penang.

Sebabnya? Kitorg sewa kereta. RM35 untuk separuh hari (12 jam). Jadi, sambil2 mencari pembekal, kitorg pun gunakan masa yang ada untuk pergi ke tempat yang sebelum ni dan kemungkinan selepas ini, kitorg takkan dapat nak pergi (jauh dan memakan kos yang tinggi).

Pertama2nya, kitorg pergi mencari Art Of Rice, iaitu barang yang kitorg akan jual masa jualan WUS nanti. Tempatnya di Kek Lok Si Temple. Kene naik tangga, nak sampai2 ke puncak baru la nampak mamat yang jual mende ni. Setelah discuss men’discuss’, setel segalanya, kitorg buat keputusan untuk naik sampai ke Kuan Yin punya tempat. Naik cable car.

Penatnya naik tangga nak jumpa pembekal beras tu satu hal, penat nak p ke tempat Dewa Kuan Yin lagi satu hal. Tapi takpe... kali ni je!



























































Dan selepas itu, kami ke area Komtar untuk makan nasik... er, makan malam. Untuk lunch, aku n Monica makan ABC. And kawan2 lain makan mi etc. Kitorg sempat ke New Lane. Tempat yang dikatakan famous dengan hawker food yang sedap. Aku share dengan Kuan, makan fried oyster. 1st time makan fried oyster... not bad woo. Sedap jugak! Tapi sangat mahal bagi aku. RM7 sepinggan dengan kuantiti yang boleh mengenyangkan jari aku je. Tapi takpe la, merasa. Lenkali kalo nak makan, kene share2 hahahaha.



























Destinasi terkahir kami sebelum kembali ke USM adalah Batu Ferringhi. Malam dah pun time tu. Ramai giler orang asing – mat salleh, mat Korea, mat Jepun, mat Arab dan segala macam mat dan minah la ada time tu. Kitorg kunun2 nak tengok barang2 yang boleh dijadikan barang jualan, tapi last2, cuci mata plak ahahaha...











Tapi, kebanyakan barang2 yang ada tak sesuai untuk dijual dalam kampus (target utama – student). Beg seketul dah RM60 ke atas. Mahal giler...

Malam tu, kami tiba di hostel lebey kurang jam 1pm kalo tak silap aku. Menggeletar lutut beb... penat berjalan sepanjang hari.

Ehm malam 15 Feb, aku sembang dengan kakak ipar aku. Dia story pasal anak dia, si Apek (anak buah aku – Javier Jok Roger). Katanya, masa ada org bertandang ke rumah diorg, ada sorg pompuan pakai spek macam aku. Terus la si Apek ni panggil pompuan tu ‘Aunty No No’...

Kakak ipar aku kata, dia masih ingat kat aku and kadang2 sebut nama aku. Tapi bila aku tepon, dia takmo datang dekat tepon. Kalo mak atau bapak dia kata Aunty No No yang tepon, dia akan sebut2 nama aku tapi takmo datang dekat telefon. Abang aku kata, maybe dia malu or merajuk sebab dah lama tak nampak aku.

Jadi semalam, bila org tu datang rumah, kakak ipar aku kata Apek asek pandang2 dia and sebut Aunty No No. And bila org tu balik, Apek pun kata, “Aunty No No go back...”

Warrgghh!!! Aku rasa nak nanges bila dengar dia masih ingat kat aku. I really really miss Apek. Ari tu time kat Bintulu, aku naaaak sangat jumpa dia tapi sebab kakak ipar aku duduk rumah mak ayah dia time tu, ada je halangan yang buat aku takle jumpa dia. Terkilan. Sampai sekarang.

Apek, Aunty No No miss you so so so so so so so much. And Aunty No No loves you!







Btw, dia panggil aku No No time kecik sebab aku selalu larang dia buat itu ini. Sampai sekarang melekat nama tu huhuhu... I MISS APEKKKKK!!!!!

Gambar di bawah ni saja untuk suka2. Menunjukkan betapa USM sangat lestari, shopping dalam USM pun pakai paper bag. Terasa macam minah salleh aku bawak shopping bag ni hahaha..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin