Friday, March 12, 2010

Malas itu Abstrak (kunun!)

March 12, 2010
1633 hrs

Tiap kali tulis tarikh, aku akan taip 2009. Dah nak masuk setengah tahun dah kan? Mengapa kebiasaan itu sukar untuk kita buang?

Okay, pertama sekali... apakhabar korang semua? Aku harap sihat-sihat la hendaknya. Aku di sini, sihat seperti biasa. Cuma sibuk atau sengaja menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan aku dan juga yang tidak berkaitan dengan aku.

Semester ni semester singkat. Dah nama semester singkat, terasa la singkatnya. Dan dah nama singkat jugak, semua benda buat dalam keadaan terkejar-kejar. Tapi, kalau diikutkan, tak payah terkejar-kejar. Yang terkejar-kejar tu kerana aku (dan aku percaya ramai yang berpegang pada prinsip ini-dalam keadaan tak sedar atau sedar)

"SAVE THE BEST FOR LAST


Kalau yang memang pandai merancang masa akan kata, "Kepala hotak kau save the best for luck. Sengaja cari mati buat kerja last minit."

Atau bak kata Prof KFC,"Masalah anda bukan kecemasan bagi saya."

UNTUK PENGETAHUAN ANDA, AYAT-AYAT DI ATAS TIDAK DITUJUKAN KEPADA AKU. AKU CUMA DENGAR DARI RAKAN-RAKAN.

Walaubagaimanapun, aku jugak tergolong dalam orang-orang yang save the best for last (STBFL) ni. Dan, seperti dalam hayat lepas (hayat Diploma), adala sesi berjaga malam atau tido putus-putus (kejap tido, kejap bangun) untuk siapkan esemen. Tapi, yang bagusnya buat kerja last minit (jangan la esok nak anta baru malam ni kau start nak pulun dari pendahuluan...mmg saja cari mati la mcm tu), ayat tiba-tiba jadi gramatis, susunan ayat cantik je, terasa diri ni mcm ahli sastera atau ahli bahasa.

Tapi, kalau ditinjau dari bab typing, sana sini ada typo error. And part yang buat rasa mcm nak makan org kalo buku kat library dah habes dipinjam oleh golongan-golongan STBFL ni.

Aku dapati, hampir 95% pelajar adalah golongan STBFL. Dah nama pelajar, mana boleh lari dari title ni.

Selepas menghantar ass[ignment] pagi tadi, aku ada beberapa lagi (malas nak kira) yang harus diselesaikan dan aku hara aku dapat berdisiplin sedikit dalam minggu akan datang. Siapkan semua dan kurangkan benda2 yang tak sepatutnya.

Aku ada banyak gambar jugak nak post. Pasal Penggubalan Parlimen Mahasiswa, Hari Jualan WUS and lain2 lagi.

PENGGUBALAN PARLIMEN MAHASISWA






HARI JUALAN WUS






Gambar-gambar di atas adalah gambar yang aku copy dari Facebook aku (org tag). So, sementara ni, aku letak yang tu dulu. lepas setel habis and aku pun takde keje lain selain mengadap pc and sibuk dengan editing, baru la aku post kan gambar-gambar yang setakat ni pending.

Apa aku boleh katakan, masa penggubalan Parlimen Mahasiswa last weekend aku seronok. Pengalaman and keseronokan. Both. And I get to know new ppl (mcm poyo bunyik). Tapi, seriously, at least I know someone new...that's the whole point of doing something diff dari yang biasa aku buat, kan?

And hari Jualan WUS...penat! Tapi, tgk duit jadi seronok.

kemalasan jugak adalah antara sebab mengapa aku masih lagi tak letak senarai links kat blog ni krkrkrrkr. Kalau aku nak buat pun, aku akan make sure aku ada banyak masa utk blog sahaja. Aku tak nak buat sekerat-sekerat...

Ehm..ini dan itu sudah... owh, dia akan pergi ke Nippon tak lama lagi. Huuuwaaaa!!!! Sungguh sedih....!

tambahan


Here's few photos aku nak share...







No comments:

Post a Comment

LinkWithin