1440 hrs
Revelation chapter 21:4
"He will wipe away all tears from their eyes; there will be no more death, and no more mourning or sadness or pain. The world of the past has gone."
Belum mula menaip aku dah rasa mata ni berair-air hahahaha. Stupid. Nak2 lagi aku tgh menaip dari lab. Nanti jadi tatapan umum, ohhh...malunyeee sayeee...!!!
Okay, cut the crap.
Actually, aku tatau why aku nak menulis hari ni. Aku tak bawa pun and tak terfikir pun nak upload gambar2 yang aku janjikan. Sorry peeps, aku masih belum ada nafsu hendak menyentuh photoshop dan gambar2 yang melambak2.
I just feel that, aku nak bercerita. Untuk melegakan hati. Aku suka bercakap. It's a way for me untuk lupakan whatever yang mengganggu jiwa. Kalau sebelum ni, aku selalu melepaskan rasa tak senang tu pada rakan2. Buat muka mcm babi kata org hahaha. But that was then. I hope I changed already. Masalah aku, masalah aku... bukan ko punya. Melainkan kalau ko yang membuatkan aku bermasalah, memang kene la...
Okay, cut the crap.
Job chapter 30:26
"I hoped for happiness, but sorrow came; I looked for light, but there was darkness."
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging bernama hati.
Hati itu sangat lembut.
Hati itu sangat lemah.
Hati itu sangat sensitif.
Hati itu sangat bermakna.
Tetapi, dalam sesetengah perkara, hati itu bertukar rupa.
Hati itu sangat pejal.
Hati itu sangat kuat.
Hati itu sangat kental.
Hati itu menurut hanya kata nafsu.
Lent. Mengajar banyak perkara. Orang melihatnya hanya sebagai bulan puasa "makan". Tapi, sebenarnya Lent lebih dari itu.
Kesabaran - perkara yang paling susah orang nak buat. Bagi la dalam apa keadaan pun, semuanya akan berakhir dengan satu perkara yang sama - HILANG SABAR.
Lent - dugaan demi dugaan datang. Dugaan demi dugaan aku tepis dan kadang-kadang buat tatau. kebanyakannya aku buat tatau and letak KIV.
Dari sana sini, terasa seakan-akan diri ni mcm sasaran penembak hendap. Kadang2 lucu gak. Tapi, kelucuan itu diiringi kesedihan.
Now,let me make this clear.
Pertama, korang boleh cakap dan berkata apa sahaja yang korang nak tentang aku. Itu hak korang la. Aku tak le nak halang kan. But I prefer kalau korg datang depan aku and tell it to my face.
Kedua, kalau korg yang mendengar hendak membuat kesimpulan tentang aku berdasarkan apa yang korg dengar dari orang lain 9komplen ke etc), terpulanglah. Listen and put a label terus. But I prefer kalau korg datang and listen to my side of the story.
Ketiga, .... keempat, .... kelima, ....
I can do this all day long. Tapi aku rasa tidak perlu. Sesiapa yang merasakan dirinya berotak, will know what he or she should do.
I have enuff perkara untuk dibingungkan jadi kalau perkara2 yang kecil pasal ketidakpuasan hati, itu tidak termasuk dalam perkara yang harus aku fikirkan sampai nak pecah kepala.
Perkara2 yang ada dalam kepala dan diri aku ni dah cukup mengundang berjuta tan kesedihan. Tapi, aku yakin, kesedihan ini tidak la sebesar kesedihan Dia. Jadi, senyum2 je la ^^'
Okay, cut the crap.
Lagi dua jam aku ada tutorial. Dan aku belum menjamah makanan sedikit pun dari pagi. Rasa sangat kenyang memikirkan semua perkara yang melayang-layang dalam kepala otak ni.
Kenapa dan mengapa?
Natural ya kalau perkara mcm ni berlaku (^^). This post doesn't make any sense!
Ya Bapa,
Kepada-Mu aku panjatkan segala kesulitan dan kegelapan yang menyelubungi hati ini. Kepada-Mu juga aku mohon perlindungan dari segala kata-kata keji dan kata-kata yang bertujuan menjatuhkan.
Ya Bapa yang maha pengasih dan penyayang,
Berikan aku kekuatan menghadapi segala kesulitan serta cubaan yang tidak putus-putus melanda.
Berikan aku kesabaran dalam melayani karenah mereka-mereka yang memandang rendah kepada aku dan juga kekuasaan-Mu.
Ya Bapa yang maha berkuasa,
Tunjukkan kepada mereka apa itu erti kemaafan.
Tunjukkan kepada mereka apa itu erti kasih sayang.
Tunjukkan kepada mereka apa itu erti kebenaran.
Tunjukkan kepada mereka, tanpa Engkau, segalanya tidak mungkin.
Ya Bapa-ku yang penuh cinta kasih,
Ampuni dosa kedua ibu bapaku.
Ampuni dosa mereka yang aku kasihi.
Ampuni dosa aku, anak-Mu.
Ampuni dosa kami yang seringkali mengingkari kata-kata-Mu.
Dear Lord, our Father almighty...
Please, please, please I pray dear Lord...
Berikan keluargaku kebahagiaan dan ketenangan yang kami inginkan.
Ya Bapa-ku,
Aku mohon kepada-Mu...
Berikan aku rehat yang berkekalan.
Pejamkan mataku, tariklah nyawaku, pisahkan jasadku dari rohku...
Aku penat, teramat penat...
Aku mahu pulang...
No comments:
Post a Comment