March 18, 2010
1321 Hrs
Kata-Kata Dari Hati Yang Mati
Dear Someone,
I’m dead bored.
Teringat Chiril Anwar.
Pernah dengar?
“Aku” ?
Pernah hayati?
Pernah difikirkan?
Apa yang tersirat?
Mengapa mudah benar manusia memberikan kesimpulan?
Mengapa mudah benar manusia mengalah?
Teringat Diariku Sayang.
Mengapa sering terpukul oleh kata-kata?
Mengapa mudah melentok dek keadaan?
Mengapa perlu menjadi seseorang yang bukan diri sendiri?
Mengapa perlu gah sedangkan canang yang dipukul tak berbunyi?
Teringat Salina.
Mengapa tidak menjadi diri sendiri?
Mengapa perlu menjual identiti diri?
Mengapa hendak dilacurkan diri yang sebenar?
Mengapa hendak bertopeng?
Teringat Kata-kata dari Hati Yang Mati.
Yang terhasil disaat diri kehilangan.
Mengapa mudah benar menjadi lalang?
Mengapa mudah benar menjadi lembu?
Mengapa lembut benar ditiup keadaan?
Mengapa ingin merubah sesuatu yang tersangat indah?
Mengapa ingin lari dari diri sendiri?
Mengapa malu hendak ditonjolkan diri sendiri?
Mengapa mudah benar hanyut tika dirayu dek kesenangan dan kekosongan?
Mengapa mudah benar beralih kiblat?
Mengapa mudah benar menendang tunjang kehidupan?
Mengapa mudah benar menidakkan diri?
Teringat Segala Pertanyaan.
Syaitan itu bersarang dalam manusia itu sendiri.
Tatkala matahari hanya sejengkal jaraknya dari kepala…
Baru terasa panasnya membakar dan mendidihkan otak.
Teringat Socius Documentum.
Kata-kata untuk adik tersayang.
Adikku, disaat mentari mula berjaga….
Terdengar jiranku bang
Mengejutkan seluruh alam dengan kalimah syahdu
Membuatkan hati ini terdetik
Adakah aku akan hidup seribu tahun lagi?
Atau, adakah ajalku tiba selangkah dari saat ini?
Adikku, di cafeteria itu…
Bakal graduan dan sasterawan berdebat akan alam
Dek kecerdikan akal dan fikiran anugerah yang tak ternilai dari-Nya
Bakal graduan menidakkan kewujudan maha pencipta
Hujah yang berlandaskan logic akal dan penemuan yang semakin lama semakin menghanyutkan….
Teringat Aku Menemui Wajahku.
Bila harta dan duniawi menjadi pujaan.
Bila lantai dansa menjadi tempat sujud.
Bila yang haram dihalalkan.
Bila terkepuk sejadah digobok
Bila menjadi kusam telekung dan songkok diceruk gobok
Disaat kewarasan diri tak lagi digunakan untuk menerka
Sedarnya diri bila kecelakaan mendatang
Bila kematian menjelang
Bila terhantuk dan terjelepuknya semangat hidup
Teringat Tebusan Tupac Amaru
Bila nyawa menjadi gadaian
Terpampang segala amalan kehidupan
Cukupkah?
Malukah?
Sedarkah?
Dikala tangisan sesal berlagu
Segalanya tak bermakna
Jika hari ini sama sahaja seperti semalam
Usah dicanangkan kehebatan diri
Usah dilaungkan kekuatan diri
Usah uarkan keberanian
Usah ditunjukkan kepandaian
Usah dipamerkan kesenangan
Kerana semuanya hanya semntara
Sedarlah diri tak memiliki apa-apa
Segalanya milik Allah
Diberikan untuk tujuan kebaikan
Digunakan manusia untuk memuaskan nafsu
Semuanya bakal dipulangkan
Hanya menunggu masa dan ketika
Originally by chivildevil (yes, that WAS me)
Untuk Kata-kata Dari Hati Yang Mati
End : 1426 Hrs
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment