Monday, May 3, 2010

Entry Peram

May 3, 2010
1700 hrs

Aku letak title Entery Peram sebab entry atau post kali ni adalah cerita peram dari awal semester ni. Erm, maknanya dari err... paling aku ingat pun, aku tak update sejak sambutan Chap Goh Mei yang aku janjikan kot. Ok, takpe2. Entry kali ni banyak gambar dan banyak cerita (kononnya la...biasanya kalu aku cakap mcm ni, sampai pertengahan entry nanti, celoteh dah tadak, tinggal gambar je sampai habis entry.. hmmpthh!)

Mula-mula sekali, pasal Chap Goh Mei. Pada 28 Februari lepas (I mean, beberapa bulan lepas), aku dan kawan-kawan aku, or maybe I should say, ahli kumpulan aku, pergi ke Padang Kota Lama, Penang untuk cari story pasal Chap Goh Mei. Tujuan? Sebahagian dari course work untuk SHE... bukan SHE yang ni....



Kalau yang ni, aku pun nak. Malangnya, SHE yang kitorg usahakan pada ketika itu adalah kursus wajib universiti, Hubungan Etnik.

Ceritanya begini....

Ok, macam poyo.

Kitorg pergi lepas tengah hari. Dekat2 kol 5pm or maybe dalam 4pm something. Naik Mercedes Benz yang diberi nama komersil Rapid Penang. Seperti yang aku mention kat atas tadi, tempat ditujui ialah Padang Kota Lama or to some people, that place is known as Esplanade. Masa kitorg sampai tu mmg dah berduyun-duyun org. Tapi kat cni aku tak letak la gambar orang lain kan. Nama pun blog aku so, gambar aku je la patut dapat tempat...













Banyak barang dijual. Mcm biasa la kalo ekspo. Tapi, aku tak berminat dengan barang2 tu semua. Berminat tengok2 je tapi tak berminat nak menghanguskan duit aku untuk barang-barang yang aku rasa... takde keperluan?









Aku cuma berminat pada barang-barang yang boleh membuatkan perut aku rasa gembira. Seperti barang di bawah ni...



Tapi oleh kerana aku rasa peniaga kek tersebut sangat kurang ajar sbb pakai t-shirt Talk To The Hand padahal dia tengah menjual something, jadi aku tak nak beli. Mesej dari t-shirt itu membawa mesej tersirat ok... Aku dan kawan aku, Ya kemudian p tengok2 gerai yang menjual kerabu Thailand. Tengok punya tengok, last2 beli Som Tam. Sangat sedap. Dan sangat pedas pompuan tu buat. Tapi pa pe pun... sedap la.





Sementara menunggu matahari terbenam, kitorg jalan sekitar tapak ekspo. And then terserempak (betul ke?) dengan satu gerai yang menjual buah pala dan barang2 yang diproses dari buah pala (sebab tu aku tanya betul ke pakai ‘terserempak?’).



Pak cik buah pala ni sangat femes. Tak percaya? Dia pernah masuk paper. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Kitorg lepak agak lama dekat gerai dia. Sebab?

Pertamanya, tak pernah tgk buah pala and uncle tu terangkan pasal buah pala muda dan tua, mcm mana proses, apa boleh buat dengan buah pala, produk yang dihasilkan dan khasiat bla bla bla...

Dia pun ada buat air buah pala seperti yang dia kasi free untuk kitorg minum...



And dia bagi kitorg (free jugak) jem buah pala yang sangat manis. Nak lagi best, dia tolong sapukan ubat pada bekas gigitan semut kat tangan aku (dah bengkak dekat seminggu dan gatal2)... and voila! Bengkak dan gatal2 pun ilang... on the spot I tell you...mcm buat iklan produk buah pala lak. Aku tak sempat dan tak dapat beli krim tu sebab poket ‘sangat penuh dengan duit’ huhuhuhu...

Pa pe pun, kitorg teruskan perjalanan @ merayau. Aku bawa boyfren aku bersama pada hari tersebut. Sangat bahagia rasanya setelah lama tak meluangkan masa dengan dia...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Si dia yang ku sayang...





Korg fikir apa?

Bila matahari dah nak terbenam, kitorg beransur ke tepi pantai. Cari orang jual buah limau. Lagi meriah rupanya kat tepi pantai dari tapak ekspo. Perkara pertama yang menarik perhatian kitorg adalah bus ini...



Dan kereta comel ini



Maxis dan Digi....

No, actually, bus Baba dan Nyonya and kete MyFM (rasanya la..dah tak ingat). One of the penganjur untuk pesta Chap Goh Mei Penang. Jalan punya jalan punya jalan...

Jumpa mamat hensem dan minah cun jual limau. Aku beli buah limau untuk dibuang ka dalam laut nanti. Okay, sebelum aku teruskan, korang tau tak apa itu Chap Goh Mei? Tak tau? GOOGLE KAN!... bak kata En Kam masa dia ajar Genre Studies dulu, ‘Jadikan Google sahabat baik anda’... Nasihat yang baik. Sekarang aku dengan Google dah jadik adik beradik angkat. Ni limau yang aku beli...







Dan gambar terakhir tu aku and kawan aku Ya (bertudung) bergambar dengan mamat dan minah cun dari Lion’s Club Penang yang juga salah seorang penganjur (kot?) hahhaha... Yang aku pasti, diorg jual limau tu untuk kebajikan. Buktinya? Lepas beli limau, aku, Ya and Kuan (room mate aku) bergambar dengan bus Kaum Peranakan Penang (Baba dan Nyonya) and then, kami ke gerai limau yang dimiliki Lion’s Club.







Dan lagi sekali, kami bergambar dengan limau yang telah ditulis bermacam2 (kalau ikut tradisi; nama dan alamat tp kitorg tulis benda yang dihajati sahaja. Ada member mintak boyfren muahahahaha) sebelum dibuang ke laut.





Yaaa... aku tau. Gambar aku paling besar sebab ini blog aku so shadap u! Hahahahaha... And then, kitorg pun buang limau tersebut ke dalam laut.



Owh, one thing nak tambah, perayaan Chap Goh Mei ni dah di ‘modenkan’ sedikit. Nampak tak patung dikelilingi limau2 yang terapung? Dia letak patung dan bakul tu sebagai sasaran pembaling limau. And perasan tak bakul patung lelaki tu dah rabak? Ada yang dah berjaya lempar ke dalam bakul tu tp sebab bakul murah (kot) jadi, rabak la...

Selepas itu kami err...aku, makan lagi. Tapi kali ni sup je. Sup sirip ikan yu atau nama glamour nya, Shark Fin Soup. Ohhh la laaa.... sedappp!!!!





Dah selesai makan, kitorg g padang. Nak tengok show yang diadakan kat sana. Banyak yang kitorg dan terlepas actually sebab p buang limau and makan. Malam tu ada persembahan tarian naga/singa tp tak sempat tengok. Kitorg sempat tgk tarian Asmaradana (aku perasan kalo ada big event kat Penang mesti tarian Asmaradana ni di persembahkan) and tgk Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng, berucap.







Kitorg tak stay lama untuk ucapan sebab kene cover setiap tempat untuk report SHE. So, kitorg merayau2, ambik gambar and cari gerai yang kasi free gift banyak2 hahahaha....





Kat Esplanade kitorg ada jumpa Tok Rimau dan Star Wars nyer makhluk. Tak sangka ekh... ramai org femes dtg untuk Chap Goh Mei di Penang...





Dan selepas itu, lebey kurang pukul 10pm, kitorg pun gerak balik USM, takut kene tinggal dengan driver Mercedes Benz...

* * * *


Cerita kedua pula adalah berkenaan Photo Club nyer activity. Ingat tak dalam satu entry aku ada ceritakan pasal event Photography Through Charity anjuran Photography Club USM?

Well, kitorg dapat raise agak banyak time tu untuk didermakan pada rumah anak-anak kurang bernasib baik (ada yang masih ada parent tapi ditinggalkan di rumah itu sebab tak mampu menjaga, ada yang kelainan upaya dan ada yang mmg anak yatim, so, aku just letak ‘kurang bernasib baik’).

Club mendermakan sejumlah wang pada rumah tersebut and then kitorg jugak ada plan outing untuk kanak-kanak dari rumah itu.

Okay, first thing first, aku tak le dedahkan nama rumah itu dan dalam entry ni, korg pun tak kan dapat tengok rupa budak2 tu sebab penasihat dia dah pesan untuk tidak mendedahkan identiti mereka. So, yang korg nampak nanti cuma gambar aku (sudah semestinya) dan jugak gambar2 ahli Photography Club yang lain.

Pada hari kejadian (tak ingat tarikh), kitorg (club bersama anak-anak kurang bernasib baik) pergi ke Tow Boo Kong Temple di Butterworth. Tempat secara spesifik, jangan tanya sebab aku tak arif tentang kawasan sini.

Tokong tu memang tempat beribadat tetapi juga adalah tempat pelancongan. So, it’s open to public untuk melawat. Cuma, kena menjaga tertib la. Sampai2 je aku dah...

WOW!!!

Memang cantik!







Untuk pengetahuan korg, dalam gambar kedua tu, aunty tu adalah pengiring diorg. Dan kanak2 yang melompat riang dalam kalangan mereka2 yang berbaju itam tu adalah kanak-kanak yang aku maksudkan.

And sedikit info tentang temple ni, semua ukiran (termasuk dinding, lantai dan atap) adalah dari China and few from Taiwan kalo tak silap. Maksudnya, semua ukiran tu dibuat di sana and dibawa ke Malaysia dengan kapal. Sampai2 kat sini, pakar dari sana yang pasang segala2nya.











Temple ni banyak sangat ukiran. Dari lantai sampai ke dinding. Dan org yang menguruskan temple ni adalah mereka yang vegetarian. STRICT VEGETARIAN. Dari guide kitorg ari tu, kitorg blajar banyak jugak la perkara pasal kepercayaan diorg.

It was an interesting + fun experience.

Aku percaya, masa trip tu, bukan budak2 je yang seronok. Kitorg pun seronok. Especially, bila banyak sangat gambar yang boleh diambil (tapi aku share sikit je la...tak larat nak ambik banyak2)

Sebelum balik tu, kitorg dapat cenderamata and few of us sempat bergambar depan gerbang Tow Boo Kong Temple. Yang lain2 iring budak2 naik bus hahahaha...





Destinasi seterusnya Photography Club dan budak2 istimewa pada hari tersebut adalah .... Penang Bird Park!









Sekali lagi, bukan budak2 tu yg excited, kitorg yg over excited!



Tak payah la terang panjang lebar k...sebab kat sana cuma ada pelbagai spesis burung je hahahaha







Masa nak ambik gambar ‘pak cik’ kat atas ni, macam2 cara and macam2 sudut kitorg try ambik. Bestnya, kita boleh masuk dalam sangkar dia. Tak bestnya, dia asek nak kejar and nak patuk!



Gambar kat atas tu, Kuan yang ambik (credit to her!).

Bila masa dia ambik pun aku tatau. Tapi menurut dia, gambar ni nampak mcm burung tu adalah supermodel and aku dan Riza photographer dia untuk hari tu huhuhuhu... bertuah nyer burung!

Lagi gambar haiwan!...









Bila tiba kat sangkar si lawa ni... aku tatau mcm mana nak ambik gambar dia. Dia macam tau2 je aku nak ambik gambar, dia buka kepak dia luas2.



Banyak gak shot dia tapi aku pilih yang ni untuk blog ni ahahaha...nampak pagar kat tepi tu tp blur. Yang takde pagar aku sorg je boleh tengok!



Dan selepas itu, kami memberi cacing pada burung yang degil ini supaya dia bleh turun dekat dengan kitorg.. untuk memudahkan ambik gambar (kitorg masuk dalam sangar. Macam... erm, ntah...tapi boleh masuk hahahaha)





Tempat paling last adalah tempat si macho ni. Burung paling hensem. Kuan pun kata mcm tu.





Si Black Hawk dan apa-nama-ntah-yang-putih-tu (tolong google kan, boleh?) memang sangat hensem bagi seekor burung. Tapi tatau la kalu gay kan...

Balik dari Bird Park, berhari2 gak Kuan tgk gambar dua ekor ni esp yang itam tu. Dan tiap kali dia termenung depan gambar si Black Hawk, mesti dia kata, ‘hensem betul la...!’ Aku sedikit risau. Takut dia tetiba nak p cari nenek kebayan suh tukar dia jadi helang gak supaya bleh ber'couple’ dengan Black Hawk tu (jangan marah ahhh Kuan ^^)

Dan selepas tu, kitorg pun balik dengan penuh kepenatan dalam kehujanan tetapi penuh kegembiraan!

* * * *


Cerita peram keempat adalah berkenaan Photography Club nyer dinner. Kitorg kumpul2 duit n then campur ngan duit lebih dari activity hari tu untuk buat dinner bagi club kecik ni. Actually, Photo Club ni besar. Tapi ramai ahli yang M.I.A

Sungguh tak suka. Tapi, takkan nak paksa ekh??? Pa pe pun, malam tu kitorg makan kat Seoul Garden, Gurney. Yeahh baby!!! Makan sampai kembung perut. Bayar masuk je and then u can eat all u want till ur full! Pandai betul Om, bapak kelab ni atau nama glamer nya Yang di-Pertua Photography Club.

Masa mula2 sampai, meja bersih je. Sementara menunggu org lain yang tak sampai lagi untuk sampai (pesal aku rasa ayat ni berbelit2?), ambik gambar dulu!



Dan apabila mereka2 itu telah sampai, mula la aktiviti makan!







Owh, kat sini, ko bleh makan banyak mana pun tapi tak le membazir!



Kami yang gembira dengan makanan di Seoul Garden!









Dan ini keadaan meja selepas makan.



Sebenarnya pinggan tu banyak lagi, tapi tiap kali habis sepinggan, pekerja dia datang kutip pinggan kosong. Sangat pantas dan efficent! Seperti biasa, lepas makan, bergambar lagi!







Ini kami2 yang hadir pada hari itu!



Credit to Riza untuk gambar kolaj kelab photo ni!

* * * *


Seterusnya... Dinner paling best untuk sem ni dan paling aku suka – CUS Anuual Dinner dengan tema A Night In Paradise. CUS stands for Catholic Undergraduate Society.







Petang tu, kitorg g saloon utk buat rambut n mekap. Mekap aku ala kadar je ok sebab aku suka gosok mata. Yang ni sebelum mekap, lepas buat rambut. I like my hair in bun mcm dalam gambar ni!





Gambar kedua tu, aku dengan Maureen. Senior yang actually junior dari aku hahahaha... She’s a very nice person. Dan masih single. Promosi percuma! Hahhaha... mati aku kenak parang ngan Mau kelak!

Okay. Venue untuk dinner ni adalah di Cititel Hotel, Penang. Kami gunakan Perdana Ballroom. Aku jadi MC pada malam itu dengan Esteranza Victor Junior atau nama pendeknya, Joe (jangan tanya mcm mana ‘Joe’ boleh muncul dari ‘Esteranza’).







Jangan tertipu dengan muka dia yang comel tu, dia sebenarnya seorang anak yang sangat nakal... hahahaha. Tapi, baik gak mcm Mau (terpaksa puji kau ni Joe hahahhaha!)

Sebelum masuk ballroom, semua org dapat door gift...



Dari dua orang wanita cantik ni, Man Lee and Juslin. I love Man Lee’s make up + hair. Mcm Cleopatra. And Jus was extra cute that nite!



Dan ini door gift aku yang sangat bertuah. Perasan tak ada nama pada door gift tu? ‘Endive’ – adalah nama cabutan bertuah. U see, instead of using number, kitorg pakai words dari bible untuk cabutan bertuah. And the door gift was rantai yang comel (aku pakai untuk ke PERKOM – Persatuan Komunikasi nyer dinner lak hahahaha). Untuk cabutan bertuah, aku dapat smthng untuk laptop tapi sebab aku takde laptop, aku tukar hadiah dengan si alang-alang panjang, Jasper.



Jasper berlagak macho dalam gambar ni.

Ini adalah keadaan ballroom masa kosong. Orang dah ramai datang tapi semua lepak kat luar ambik gambar. Termasuk aku.



Me. Us. Them – ambik gambar! ^^













Malam tu, CUS student yang datang bukan hanya dari USM kampus induk tapi gak dari kampus kejuruteraan and pelajar nursing dari ACMS.















Gambar2 kat atas tu campur2 la huhuhu... student USM induk, kejuruteraan and ACMS.

And then, tiba masa yang aku ... erk, silap... kitorg tunggu2... MAKAN!!!!









Aku jadi MC malam tu so, masa makan, aku tak makan sangat mcm org lain. Walaupun korg nampak makanan aku tu mcm banyak, tapi, aku tak makan 1 go, okay....

Aku suap sikit2 and then bila tiba masa jadi MC, aku pun menjalankan tugas. So, sambil2 makan, sambil2 MC-ing! Dan aku jugak sempat p ambik gambar org tgh makan!





Semua CUS dari setiap cawangan buat persembahan sebenarnya malam tu. Here are some photos masa persembahan. Ada yang tak sempat aku ambik sebab aku ambil masa tu untuk makan huhuhuhu...









And last sekali, ada open floor dancing... hihihhi. Mata semua org nampak mcm Terminator kat sini hahahaha



This is me and seorang Indonesian student, Dwi Indah Natalia but we call her Lia. A very sweet girl! Sayang gambar blurrrr!!!



Me and Juslin dengan ballon yang colourfull!!!



Group photos







Ini few more gambar yang aku touch up hahahahahaha....





Dan lagi, gambar aku grab dari FB Mellisa Reeve, Juslin, Matthlessa and Maureen. Credits to them!

Aku dan Joe bersiap sedia. Skrip 1 page je. Hanya untuk intro. Yang selebihnya, main belasah hahahahha... spontan!



Adam and Eve of the nite! Time ni tengah menyeksa finalist. And in the end, Adam for the nite was Solomon (second from left, guy in brown shirt) dan Eve adalah Matthlessa (lady in brown also, 3rd from left).



Me and Jus. Aku masih pakai selipar jepun lagi time ni. I love selipar jepun!



Panjang, alang2 panjang dan cute. Atau, Darren, Jasper and Claire hihihihhi



Us. CUS. Minden, Kejuruteraan and ACMS. Rasanya tak semua ada dalam gambar ni.



Malam tu sangat FUN!

Thru CUS sem sidang ni, aku jumpa church hahahaha. Seriously, CUS tolong aku dalam perkara yang orang lain tak le tolong.

And yeah, thanks to Marcella sebab boleh terpilih aku and Joe jadik MC. I wasn’t confident and mmg reluctant at first. But, ntah kenapa, as the event goes on, rasa mcm best pulak. I dunno.. maybe sbb crowd tak kaku, the dinner tak terikat dengan protocol bodoh and I got Joe sebagai teman. That Snow White sure know how entertain ppl!

Love u guys *hugs*

And I’m sorry kalau2 sepanjang sidang ni aku ada terkasar kata, bahasa atau perlakuan and kalau2 aku ada buat somethng yang kurang menyenangkan korg. And special thanks to Mau yang banyak bersabar dengan karenah aku hahahahaha...

* * * *


And then we have MBK, short for Malam Bumi Kenyalang anjuran PERKASA atau Perkumpulan Anak-anak Sarawak USM. That nite was also FUN!!!

We have Jerry Kamit and The Band in the house. Google Jerry Kamit kalau tak kenal especially org west Malaysia. Dia buat aku rindu hometown dengan alunan sape’ yang urgghhhh!!! Merdu siallll!!!

Okay, wrong choice of word. Nanti mummy marah. Or someone in the family report!

Merdu siot!

These are some photos dari persembahan malam tu.

















Gambar last tu, student USM, Daniel Ugeh. Great drummer. Nak tgk muka lebey dekat. Kita zoom...



Okay, cukup2 promosi free dalam blog aku hahahaha. And here’s Jerry Kamit again.



Lepas habis show malam tu, aku mcm org gila p cari Jerry sebab nak ambik gambar punya pasal ahahhaha.

Owh, this is me and Sape’





Aku dengan Jerry.



Dengan badan Solomon yang terbelah setengah....

And then our group photo with Jerry Kamit.



And then, minum2. Mamat baju putih tu adalah YDP PERKASA, Ulysses Sait. Sekarang dah Ex-YDP hehehehe....



Otw balik desa malam tu, kitorg lalu crime scene kemalangan jalan raya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Naaahhhh... it’s actually lukisan orang yang dilukis oleh pelajar tahun akhir School of Communication untuk projek Rakan Trafik. Ini keje budak2 PR la ni vandalisme jalan raya ahhaahahaha... just joking. Bagus jugak ada benda tu. Bagi org beringat sikit! Drive jangan mcm nak mati on the spot.

Dan selepas itu kami pun gerak balik ke desa...

Ok la. Cukup panjang tak? Konpem korg rasa nak muntah dah kan? Kan? Kan?

* * * *


Tak habis lagi. Aku ada dua cerita lagi nak story. Yang pertamanya pasal Parlimen Mahasiswa. Parlimen Mahasiswa adalah Parlimen yang digubal oleh pelajar sendiri. Yang aku nak cerita ni, pelajar USM la yang gubalnya. Bertempat di Hydro Majestic Hotel, Penang... kitorg berkampung 2 hari untuk draf pertama parlimen sambil tengok mat salleh-tak-berapa-nak-sedap-body berjemur kat tepi pool...

Gambar2 ni sumer aku ambik dari FB rakan2 yang p time tu. Aku ada gambar sendiri tp malas nak upload, ok? Faham2 la... aku pun dah nak termuntah tengok gambar banyak sangat...

Credit to Kuan, Siti Raznee and Azmi Hisam for the photos...

Time ni otw ke Hydro Majestic Hotel. Takde orang dapat tolong ambik gambar, aku ambik la sendiri. Beside me is Kuan. Kekasih lesbian aku. Mana aku pergi, dia ada. korang nak panggil dia Maskot Digi aku pun boleh.



Sebelum pa pe, kami diterangkan oleh Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi tentang AUKU.



Aku dan rakan sebilik sepanjang di Hydro Majestic Hotel.



Aku dan ahli kumpulan 'Usul dan Pindaan' - sakit otak buat kerja ni!





Parlimen Mahasiswa mengambil bentuk Parlimen Malaysia dan parlimen2 negara lain yang dirasakan sesuai. Tapi, kuasa veto tetap di tangan universiti untuk menentukan apa yang sesuai. Adanya Parlimen ni hanya untuk memudahkan pelajar menyampaikan 'suara' mereka.



Hari kedua dan terakhir. Hari pembentangan. Sempat lagi amek gambar. Ini aku dan Raznee.







Sesi pembentangan.



Btw, berita Parlimen Mahasiswa ni ada dalam Berita Kampus USM. Sapa2 yang ada baca, ada la. Kalo takde, nasib la. Si Edmund Ngo yang tulis.

Dan seterusnya, PERKOM Nite. Malam untuk pelajar dari School of Communication. Gambar2 jugak aku ambik dari FB. Basically, gambar2 yang org tag aku sebab malam tu aku cuma bawa perut je and juga tenaga untuk bekerja atau kata lebih sedap, 'menolong'. Kredit to Reezal a.k.k BULU (budak MIIM now working in USM - dah rupa bapak org dah!), Dini and Faris Hakim for the photos.

Tema untuk dinner ini 'Bows and Ribbons' dan dinnernya adalah Memories In The Making. Dinner ni actually untuk meraikan pelajar tahun akhir Komunikasi. Tetapi, memandangkan aku adalah salah seorang Majlis Tertinggi Persatuan Komunikasi sidang akan datang, kene hadir.



Tapi ramai tak ikut tema. Celah mana nak cari ribbon and dress pe segala. So, aku pakai apa yang ada dari kawan2 hahahaha. Owh, venue untuk dinner adalah di Gurney Hotel. And di bawah ni adalah rupa dewan setelah siap di hias oleh kitorg. Bergaya tak?



Tak banyak sangat gambar acara. Like I said earlier, aku tak bawa kamera so, gambar2 ni semua adalah dari FB.





Me and Edmund Ngo. Aku kenal masa Parlimen Mahasiswa. Malam tu dia dapat Best Photographer, beat others yang major Journalism.





Me and Jenny. Sorg student dari Sarawak. Giler tinggi minah ni.



Raisa (from Indonesia), Jenny and Me.





Esther, me and Faris Hakim.



Me and Dini.



Barisan Majlis Tertinggi PERKOM sidang 2010/2011



Aku kat red carpet hahahahaha.



* * * *


Btw, pasal post aku sebelum ni, tolong jangan judge kalau korg tatau apa yang jadi. And tolong jangan bagitau aku korg kesian kat mamat tu sebab aku sembur dia dalam blog aku.

At least aku jaga muka dia sebab tak kasi nama sebenar dia. Dia? Ada dia fikir semua tu? No... So, kalau nak cakap kesian tak kesian, simpan untuk diri sendiri. Dah takde kesian2 dalam diri aku untuk org mcm tu!

And ya, mood aku dua tiga menjak ni sangat tak bagus. Aku tak paham actually kenapa orang selalu kata :

Tak manis kalau pompuan marah2.

Bukan ke perempuan tu manusia jugak?

Salah ke kalau kitorg suarakan rasa tak puas hati kitorg? Dan paling aku benci kalau ada org yang selalu salah sangka. Well, of course la kata2 aku kadang2 melampau, tapi, aku memang ada hak untuk bersuara, kan?

And lagi satu perkara paling aku benci, if someone buat mistakes or hurt u, kenapa ko nak libatkan aku dan orang2 yang terdekat dengan dia? Why? Adakah kerana kami dekat? Does that means aku, dia dan mereka sama?

Fucking NO!

Aku ada cara pemikiran aku sendiri dalam menilai apa yang patut and tak patut aku buat.

And aku liberal orangnya.

Lagi satu aku nak 'kebayan'kan kat sini. Kalau orang story something kat kau, boleh tak kau at least dengar cerita dari dua pihak sebelum buat conclusion tentang perkara tersebut? It's not fair untuk pihak yang lagi satu.

Bila orang ada masalah and bercerita pada sesiapa, I think, bagi aku dan apa yang aku buat... I DON'T TAKE SIDES. TAK MENYEBELAHI MANA2.

Especially kalau aku tatau apa sebenarnya yang terjadi atau apa sebenarnya yang diorg katakan sesama sendiri.

Aku takde kat tempat kejadian, kan?
And diorg bercerita secara berasingan, kan?

So, aku tatau apa yang berlaku.

But some people, when org lain cerita... Ohh, ya ya ya...she/he's really a piece of shit, bla bla bla... sumpah seranah.

Same goes to THT GUY dan ORANG2 BODOH yang mendengar cerita dia dan buat konklusi tanpa tau apa2.

U guys know who u are. Lepas ni tak payah nak bermuka2 dengan aku.

Why? Sebab kita manusia? Ada kelemahan and kekurangan? Maybe. Maybe not.

Entah la.

So to u ppl kat luar tu, please.

Kalau terdengar orang lain bercerita tentang someone yang korang kenal, tolong dengar their side of the story. Kalau boleh, temukan mereka. And listen.

But DON'T JUDGE.

Kau pun bukannya perfect!


* * * * *


Oh, btw, aku rasa dah tiba masanya untuk aku dedahkan siapa laki aku. Especially pada mereka yang selalu bertanya. Pada family member aku. Pada kawan2 aku. Dari gambar yang aku 'blur' kan nampak tak size badan dia?


Dia sangat kurus. Tak macho pun.
Dia muda dari aku.
Dia tak hensem tapi sangat comel (bagi aku la...)
Bagi dia yang sedang membaca ni... I REALLY REALLY LOVE YOU AND I MISS YOU!

Ari tu aku tengok gambar dia. And tgk video dia. Nak meleleh air mata.

Okay2x... ni gambar nya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Amacam????

CUTE KAN?????

Wakakakakakakakaaka....!!!! Korang ingat apa???

Ehem, sorry, selagi belum black n white aku akan akhiri zaman bujang aku dengan Mr Japan, aku takkan kasi tau siapa dia ahahahahha.

By the way, nama boyfriend aku yang sorang ni ialah Jan Geun-suk. Boyfriend pertama aku sekarang di Jepun. Jadi, aku main kayu terbelah dua dengan mamat Korea. Lagi gambar dia kat bawah. Tak le share banyak2. Kalo nak, GOOGLE kan!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin