Tuesday, November 10, 2009

Gambar Bilik Aku

November 11,2009
1437 hrs

Aku duduk kat desa Cahaya Gemilang kat USM ni. Hostel paling kecik sbb ada dua blok je, blok lama dah dalam proses pengubahsuaian and pertukaran....mungkin takkan jadik desa dah. Zaman Puan Yati Baba dulu mesti lain giler....

Pa pe pon... ni gambarnya.... Bilik kecik je, buka pintu terus nampak katil... katil la tersepit tgh2 antara meja study dengan almari. Tp almari dia besar. Bagi yg banyak baju tu mmg heaven la. Baju aku tak sampai suku almari pun kikikiki...





Katilnya katil bujang trang tang tang la kan... takkan dia nak kasi queen size bed lak. Bantak kene bawak sendiri. Bagus jugak sbb takde la share liur basi org lain. Bantal aku, liur aku sorg la.



Ni adalah meja computer untuk dua orang. Berdepan. Aku punya, berfungsi 2-in-1.



Yang ni adalah meja study yang original. Aku jadikan tpt simpan buku, makanan etc..









Meja komputer aku jadikan tpt membaca, menulis, makan, tgk movie, bt assignment, editing dan sebagainya. Bila aku menulis or membaca, keyboard aku campak ke meja sebelah. Room mate aku jarang ada dalam bilik jadik wilayah dia jadik wilayah aku...





Kopi yang terpaksa aku jadikan 'feveret' kerana Nescafe mahal yang teramat sangat. Seriously, kopi ni pernah aku minum 10 bungkus sehari sbb takde rasa sangat. Kesannya lambat huhuhuhu~



Buku, fail, majalah n novel LOTR complete 3 set hahahaha....



Bilik aku tingkapnya ngadap ke luar. Building paling dekat pun rumah penggawa iaitu Bos Desa CG ni... Tapi dia tak dok situ.



Kalo nak nengok matahari terbit, dari cni mmg cantik. Berdiri kat tingkap, mcm2 blh nampak. Kalo nak tukar baju, aku p dekat2 almari je...langsir takyah tutup hahahaha...







Well, gitu je la... takde besar sangat pun. Aku pun tatau celah mana nak ambik gambar lagi. Nak ambik gambar kat luar, banyak pulak suar dalam n bra bergantungan. NAk ambik gambar toilet, ada je org yg berkemban. Takkan nak ambik gambar bawah katil aku plak ekh....

K la... nanti kalo aku ada masalah mental lagi, aku lepas kat cni. Tungguuuu....

Adios!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin