Friday, August 13, 2010

In Blue Mode

August 13, 2010
1514 hrs
Semalam panas gila. Malamnya, hujan. Hari ni panas gila. Petangnya hujan. So, yeah... sepantas mana hari ni berubah muka, sepantas itu juga hati aku berubah rentak. I was okay this morning. Sangat determined nak melaksanakan apa yang aku rancang hari ini. Tapi, bila sampai ke tempat yang sepatutnya, aku jadi lemahhhhhh....!
Aku pergi CUS macam biasa. And bila Marce kata, "Tinggalakn segalanya di luar. Sekarang masa untuk Dia" ... barulah aku rasa tenang sikit. Susah actually nak tinggalkan perkara yang aku fikirkan kat luar time tu, so aku bawa cebisan2 masalah aku dalam sembahyang ^^
Lepas CUS, aku setelkan urusasn yang terbengkalai. Again, rasa serba salah itu muncul. Aku pun buat la bet dalam hati. Kalau sampai jam ni tak setel jugak, bukan rezeki aku la. Minta Dia bantu memberikan petunjuk.
And then.... orang yang aku tunggu2 pun sampai. And urusan aku selesai tanpa banyak songeh.
Apa aku rasa?
Aku rasa macam satu beban terangkat. Tapi dalam masa yang sama, aku rasa serba salah. Serba salah yang lebih terarah kepada 'menjaga hati orang' ... Satu perkara yang sering membuatkan aku terhumban ke dalam pelbagai masalah.
Dan seterusnya, aku di sini dan menaip cerita ini... Sementara dalam hati masih ada lagi urusan yang perlu aku selesaikan.
Satu persatu... Aku yakin Dia akan membantu. Walaupun terpaksa melalui kepayahan yang berganda. P.U.S.H ... Pray until Something Happen!
Teringat pulak Mr. Japan. Biasanya kalau aku dalam dilemma, dia lah orang yang aku rasa boleh membantu dalam membuat keputusan. Walaupun aku kurang gemar dengan sikap dia yang realistik, tapi, dalam keadaan mcm ni, dia mudah untuk mengasingkan mana yang perlu dan mana yang tidak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin