Thursday, November 5, 2009

Releasing Some Thoughts

November 6, 2009
1527 hrs

Paper Falsafah habis jam 1200 hrs tadi. Satu beban dah takde. Tinggal lagi 5 paper yang tak kurang sadisnya. Next will be LAK 100, Korean Language (한글)...Bahagian ketiga kene tulis essay. Simple 1, just self introduction like 안녕하세요! 저 는 bla...bla..bla...Tp bagi yang merangkak-rangkak mcm aku ni, susah jugak la. Kenapa aku ambik bhs asing? Kalao tak ambik, tak terasa la duduk uni. 2ndly, comes in handy masa2 akan datang.

Well, lepas tu, papaer Mass Comm, n then Pengantar Bahasa Malaysia yang sadis susah giler badak (serius susah... kalo nak tau susah mana, sape tau apa iu perlokusionari dan lokusionari dalam BM? Aku pun tatau!), n then diikuti TITAS (buhhhsannnn) dan last skali, Human Comm...

Semalam aku migrain, rasa nak tido je. Tapi takle sbb aku rasa, aku dah hilang keupayaan untuk membaca notes sambil berbaring2an. Sekarng ni aku kene baca dan baca dan baca sampai nak termuntah.

Kadang2 kan, aku rasa, masuk degree ni aku giler malas. Time dip dulu, fuyoo...malas gak tp takde la semalas ni. Study mmg study tp tak mcm time dip. Time dip, main2 jugak tp aku rasa aku fokus lebey kot time tu. N kpala aku lebih cepat berfikir. Kalo study, aku tak payah nak susah2 menulis etc, just baring n baca... sambil dgr lagu. Sure lekat punya. Sekarang...harraaaammmm...! Adakah keupayaan aku dah semakin menurun? Mungkin... kalau ya, aku kene terima n cari jalan utk study yg lebey baik je la.

Senang je cakap, kan? Tapi kalo nak buatnya, payah sangat. Banyak kali jugak aku rasa mcm nak give. Baru 1st semester beb. Belum lagi semester2 akan datang. Tp, bila aku ingat2 balik... auntie aku dah ramai anak pun boleh buat... mak cik yg sama course dgn aku pun masih nak belajar, takkan aku nak give up??? So, tiap2 pagi, ake bangun ngadap cermin n tampar palak sendiri. Kasi sedar sikit.

Tak lama lagi, yakni selepas habis semester ni, masuk la sudah semester 2 untuk sidang pertama bagi aku. Dah kene tentukan minor. Hari tu aku ada mintak pendapat rakan2 FB, adakah aku patut ambik Graphic Comm atau Bahasa Jepun? Lepas tu, aku smbang2 dengan few frens di campus, aku drop opton Graphic Comm n masukkan New Media sebagai satu pilihan.

Namun demikian, hati aku sangat2 berbelah bagi antara nak New Media atau Jepun. Minor bukan mcm time kolej dulu, sem ni boleh ambik satu, sem depan satu... Minor tu sampai habis nanti...Maknanya, sekali je pilih. Kalau aku ambik New Media, selamanya la aku takkan lari dari bidang ni. Satu hari nanti, konpem aku akan rasa fed-up n nak tukar bidang lain. If la aku ambil New Media, major aku Penyiaran, minor New Media... aku tak boleh jadi Doktor! (Contoh la....)

Sebab tu second option aku, bahasa Jepun. Why Jepun??? Sebb Mandarin gila badak susah and kelas dia konpem2 penuh mcm sem ni. Aku nak register pun tak dan. Apa2 pun, biar la language dari Asia. Maybe bleh jadi translator or pa pe je la yg berkaitan dgn bahasa.

Tapi, kalau New Media, aku dah ada asas. And it would be easier for me to learn. Bahasa Jepun, aku tau sikit2 je... tulisah, haraammm! Will be a big challenge for me. Tapi, itulah, antara kehendak aku, kesenangan aku atau masa depan aku... Mana satu yang perlu aku pilih??? Kehendak aku mungkin akan jadi kesenangan aku masa depan. Kesenangan aku masa kini juga mungkin boleh jadi kesenangan aku pada masa akan datang, juga. Dan... Masa depan aku? Masa depan aku bergantung pada pilihan aku pada hari ini (aku pun tak pasti).

Kadang2 nak tergelak pun ada. Punya la susah nak tentukan minor. Memang la...sebab aku tak nak menyesal kemudian hari. Sekarang pun dah cukup banyak penyesalan yang aku ada. I dun want to screw up this oppurtunity! Cukup2 la aku dah rasa mcm mayat hidup selama ni... seriously, takda apa yg aku nak banggakan, even sekarang. Perjuangan aku belum selesai. Sampai bila pun takkan selesai.

Kalau la ikutkan hati...hmmm....

Tak payah la aku teruskan kata2 yg lahir dari hati sangat...nanti jadi benda lain lak hahahaha...

Btw, aku online ni guna laptop kawan aku. Dia bilik lain, aku bilik lain. Aku pakai desktop so takle wireless hahhah...sian member tu. Selalu sangat dah aku ganggu laptop dia semenjak dua menjak dah tak p library. Library boleh on9 free...

Bukan aku tak nak tukar laptop...kasi duit, aku tukar la hahahaha...

Ehm, k la... aku rasa tak sedap badan. Nak try lelapkan mata!

Adios!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin