Thursday, November 12, 2009

sayang nenek kebaya

dah habis exam?kekawan geng bas sekolah dan keladi di mana destinasi
sedikit saya kongsikan dengan korang bilamasa cuti ku lepas sekolah
saya banyak mencari masa2 yang hilang di tempat yg luas dan kurang orangnya
dan fikiran jauh dari bandar, mesin bergerak, peralatan canggih dan rekabentuk perisian
selalunya bilamasa bersama kekawan
kami akan memilih pantai sebagai destinasi..lundu beach dahulu kala
berbabikiu, bermain sepakraga, mencari ketam, berenangrenang ke tepian kehulu hilir
dan gambar2 itu masih segar dalam fb cuma xda muat dmasuk kan kesini maklumla
biarpun secara betulnya saya agak x selesa dgn keadaan angin berpasir
dan masin dan peluh dan kering serta nyamuk besar
tp x menghalang krna biarpun tempat selalunya bukan pengukur tetapi mereka yang berada disana
lebih penting dan begitu bharga
sewa resort itu kami yang punya...hmm pada harga 300 semalam..
berbaloi kan bila jadi student
itu merupakan hari selepas musim sekolah habiss
sebulan 2bulan cuti mesti akan berjalan jalan
..dan seperti kitaran biasa saya sorg2 akan melawat ke kampung
agak jauh dr tmpat pembesaran saya iaitu dlm 5 jam menaiki van
oyah itu si nenek..sedang berlakon memberi ayam makan..
atau berjalan ke sawah atau membeli tapai
dan dia sentiasa bisneswomen...
sibuk bila masa aku ada di sana sajalah sy pun xpaham
melihat dia berasa agak kagum dan respek bila wanita itu la yg mmbesarkan 10 org anak
hidup sendiri..slepas semua bkerja di luar, datuk sdah lama pergi kan?

dia paling menang hebat dan kuat..bangun seawal jam 6 pagi masak nasi guna kayu api
wangi yg sangat..time tu saya dan aku masi bergegar dgn angin pagi
pura2 xdgar org di dapur hehehe

sebelom matahari keluar nenek sdah siap2 berpakaian lengkap topi sarung baju seluar dan segala2 makanan pinang dan sirih
dan cangkul serta tali kerbau...kasar tangan tapi hati lembut..
hehe jiwang eh post ni..
peduli apaakusayangnenekaku hahaha

petang selalu hujan disitu dan petang redup2 hujan2 sy dan nenek berada di rumah
saya akan tunggu makanan sampai sambil minum kopi... pemalas ..

tp kan aku tetamu hehe

spjg malam dgar dia merungut ...

nampak ka dia lubang jarum tu..gelapsuram lagi

baju tradisi keluarga tu patut di jaga..

baju lama..tangan nenek kepeda nenek kepada nenek kamo buat

biar mcmana pun x dpt ganti punya...sayang dia..jaga ni bila sy xda

ok aku di sana melihat..

ohh bnyk bling2,rantai sangkut sini sana, butang2, ada mcm langsir juga

fesyen dari mana di korek ...aku bertanya pada pinggan nasi..

yang pasti xkan dpakai selalu

...aku diam ja...


dan bila saya datang cuti yang satu lagi..

tiba d kampung baru nak masuk depan pintu..nenek tanya

kamu cari siapa?(T_T)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin