Sebelum mula menulis, aku dah siap2 mintak Jonsi temankan aku. And geng-geng dia yang lain - Sigur Ros. Untuk kekuatan memuntahkan entry ini hahaha. Intro macam bodoh.
Shiiii-laaa-kaaa
(okay, kata hikmat ni aku pinjam dari movie yang di review secara simple oleh Step)
Entry ini bukan pasal movie tersebut - The Ghost Must Be Crazy (Link pun aku copy dari Step wakakaka) tetapi pasal kejadian yang berlaku selepas itu. Seperti yang dinyatakan oleh kuyat berkaki pendek ini, aku n dia pergi ke 1st Avenue untuk berjumpa dengan seorang sahabat lama yang sama-sama tarik hingus masa sekolah rendah dulu. Kita bagi nama dia Biskut la k. Senang. Sebab tepi laptop aku ada biskut.
Sebelum jumpa Biskut, aku dah bagitau Step, perangai Biskut ni lain sikit. Ada sedikit aura2 dewa di langit. Berlagak la.
Actually, Biskut dah mesej aku awal-awal. Berikut adalah pebualan kitorang through sms :
(Semua dalam Bahasa Sarawak - pandai-pandai la korang translate k? hahahha~ malas nak translate kan )
B : Pa molah? Ku kat Penang. Esok balit.
A : Sapa tok? Sorry, hp ku ilang riya
(Phone lama aku kena curi dgn number2 skali sbb aku suka save dlm phone memory. Sebenarnya aku ada save number mamat ni tp dalam phone DiGi n bukan Maxis hahaha - adoii~)
B : *Biskut Lexus* (bukan nama sebenar) yo
A : Haha. I'm watching movie. In Komtar (yang sebenarnya Perangin) right now.
B : Me too la, come I show you my shop location
A : Tunggu habis movie k?
B : Kul brapa?
A : X tauk. Baru start tok haha
Aku pun sambung tengok movie. Few minutes later. Another text came in. From him :
B : I wanna go to Gurney via bus.
Aku berkerut sedikit tengok mesej tu. A bit annoyed sebab aku tengah tengok movie. And aku reply seringkas yang boleh :
A : 304 - merujuk kepada number bus yang pergi ke Gurney.
Langsung dia senyap lepas tu. And aku pun sambung bergelak ketawa menonton movie separuh paloi dari Singapore ni. Boleh la tahan menggeletek jantung. Selesai movie, aku teringat kat dia. I felt bad because I answered dia macam tu. So aku text dia :
A : On your way to Gurney already?
B : Belum sis
Gila. Buat aku makin rasa bersalah. Aku sangat bersalah bila aku buat jahat n orang panggil aku sis lepas tu. Rasa macam sangat-sangat bersalah. I dunno why but this is just what I am.
A : I wanna go back already. Where are you? Tot u go to Gurney already.
B : In 1st Ave. *smiley* Ok then, bye.
Damn. kenapa aku rasa bersalah? So, aku pun kata :
A : There's nothing in 1st Avenue la hahaha. Come la lets meet for a while. jaik jak rasa sik jumpa.
B : Cney? 1st Avenue building design interior reminds me of being in Singapore. Where you wanna meet? Lets drink something *smiley*
Now aku boleh rasa dia actually mesej tadi sebab nak ada kawan. Tapi, aku serba bersalah jugak dengan Lia yang tengah sakit perut n Step yang tengah syok mencedok yougart. So I told them I wanna meet him. And suggest to Lia untuk wait for rakan-rakan lain di bus station yang dah berjanji untuk jumpa kat sana. And kalau bus datang awal, just balik dulu sebab dia sangat-sangat tak selesa. Aku mintak Step temankan cos I dun wanna meet him alone. And I didn't plan untuk stay lama-lama.
A : I'm with friend la. Baru balit church tadik. Where are u in 1st Avenue?
B : I'm walking out now. Station 1 can?
Mana la pulak Station 1 ni? Aku dan Step dah di dalam 1st Avenue. Malas nak berjalan ke hulu ke hilir dah. So, aku reply dia balik, suh dia masuk semula ke 1st Avenue.
A : Where? Aku 1st floor 1st Avenue tok. Nangga bra (Which is not true. Aku saja letak sbb aku memang suka mengarut)
While waiting for him, aku bagi warning sikit to Step about him. So that nanti kalau jumpa, dia tak terkejut kuyat. Tunggu punya tunggu, tak muncul. I showed her his photo supaya dia boleh tolong locate Biskut. Kot2 ternampak. And then, lepas tu aku nampak dia. Berjalan dengan santai and relax macam orang normal di level ground floor. Aku ni jenis tak malu - so aku jerit nama dia. He heard me and tercari-cari. Aku suh dia pandang atas. Dia pun pandang - and aku confrim confident, dia nampak Step jugak.
Tiba-tiba bila dia jalan ke escalator, gaya jalan tu terus berubah. Jadi cool and ... ... ... ... berlagak? Aku geleng-geleng kepala je la. And buat bodoh.
Peristiwa seterusnya berlaku seperti apa yang di ceritakan oleh Step dalam entry ini.
Actually, he's a nice guy. Dia childhood friend aku. Tapi, dia banyak berpindah randah sebab parents dia bertukar-tukar tempat kerja. Dia dari keluarga yang senang. Berbeza dengan aku yang dari family - erm, kurang senang. Nak kata sederhana pun tidak.
Masa sekolah dulu, sekolah rendah - kitorg tak la rapat mana. Dia dengan gang high class dia. Aku dengan gang middle class aku. Tapi, bila masuk sekolah menengah, aku termasuk dalam kelas pelajar pintar (time tu la. sekarang ni kurang pintar sikit sebab selalu culah2) - yang rata-rata terdiri daripada mereka-mereka yang lahir dalam keluarga yang senang. The elitist la konon. Mudah nak cerita. Being around them, aku rasa insecure. Aku rasa bodoh. Hodoh. Miskin dan pelbagai lagi perasaan negatif lain.
Perasaan negatif aku menjadi semakin negatif bila aku selalu menjadi mangsa suruhan. Tapi, dalam masa yang sama, aku ada sorang kawan baik. Pompuan. Pun elit. But she's very kind and gentle. Even until now. Cuma sekarang kami tidak rapat. Masa menengah rendah (junior high school), family aku ada krisis kewangan. So, untuk berjimat, aku selalu bawa bekal. Bekal tu kadang-kadang mak aku sediakan. But biasanya, aku sendiri bangun pagi n sediakan. Bekal popular aku zaman tu adalah nasi goreng corned beef (nasi putih, goreng dengan daging lembu dalam tin). Mudah, cepat n sedap - sebab aku suka corned beef.

Jenama ni famous pada 90-an. Dulu sedap. Daging banyak. Sekarang rasa macam makan tepung.
Masa rehat, aku and kawan aku ni akan share bekalan makanan. Dia punya makanan of course la sedap-sedap. Dia kata nasik aku pun sedap hahaha. Ada satu masa tu, mak aku yang gorengkan nasik goreng kegemaran aku ni. Tengah-tengah makan, Biskut and kawan dia - kita panggil Kaya la k - datang la. Diorang pun bawa bekal. Tapi bekal diorang roti sosej la etc (masa tu roti sosej mahal. Sekarang seketul RM 1.20, RM 1.50) yang dibuat sendiri oleh mak diorang. Ulang sekali lagi - DIBUAT SENDIRI OLEH MAK DIORANG.
Ye, mak diorang, selain dari kaya rayap, juga hebat di dapur and sentiasa memastikan anak-anak makan dengan sebaik mungkin. Well, Kaya datang and tengok apa aku and kawan aku makan. Dia tengok, and cakap-cakap and gelak-gelak dengan Biskut. Aku copy balik cerita ni dari entry 1984 k :
"During recess, Brian (my classmate – anak org senang jugak), looked at my nasi goreng and said, “What are u eating?(sambil makan roti sosej made by his mum). Looks like my dog’s food la hahahaha!!!”. Danggg…! I was very hurt. But I didn’t said anything. And then Pris said, “You shouldn’t said that. Whatever we’re having, made with love by our parents. Just like yours. You shouldn’t said makanan org lain macam makanan anjing.”
Aku tak sanggup nak re-type hahaha. Nanti tak pasal-pasal pecah empangan mata ni hahaha. Rest of the story boleh baca kat entry 1984 la k. Terasa sangat hina la masa tu.
Tapi, aku tak marah la. Cuma aku terasa hati.
See, we come from different background. Cara kitorang dididik and dibesarkan adalah berbeza. Our parents are strict. Sama-sama garang and sangat mementingkan class. Not mine la. Kitorg dididik dengan cara yang garang, brutal n sadis. Bapak orang pukul guna rotan, bapak aku pukul guna kayu penyapu. When we engkar, we're not allowed to eat. Kena perintah berkurung kalau asyik bermain di luar. Tak reti belajar, kena sebat. Tak dengar cakap, depan-depan orang kena tengking. Bilik sepah, satu rumah kena kemas. Bangun lambat, kena bantai. Abang aku kena sepak hahaha. This is just some of the army-like-training kitorg dapat kat rumah.
While kanak-kanak dari golongan elit ni, aku tak tau macam mana parents diorang didik. From what I see that time, mak garang - sebab bila mak jerkah, diorang dengar. But dengan dad manja - bila mak jerkah, lari pada ayah and peluk-peluk manja. My siblings and I?
Kena jerkah dengan daddy, lari pergi mummy, kena rotan hahaha.
Our social circle adalah lanjutan dari apa yang ada dari rumah. Aku berkawan dengan orang yang latar belakangnya sama macam aku jugak. Cuma bila masuk sekolah menengah, secara spesifiknya, masa junior high school n senior high school, baru la aku bergaul dengan elitist ni. Diorang dengan diorang sendiri pun akan berlagak and cuba merendah-rendahkan antara satu sama lain. Backstabbing, gossipping etc adalah perkara biasa. Dengki mendengki. Kawan tak kawan hahaha. Aku belajar dari sini la hahahahaha...
So, Biskut and Kaya - bestfriend. Diorang takde la bawa perangai macam ni. Cuma, mangsa diorang adalah orang-orang macam aku. But, bila direnung-renungkan kembali, aku rasa masa Kaya kata makanan aku tu makanan anjing, aku tak rasa he meant it untuk menyakitkan hati. Dia nak bergurau but gurauan dia sangat tak kena pada tempatnya hahahaha.
Membesar dalam kelompok yang berbeza, aku tak paham cara dia bersosial and dia pun tak paham cara aku bersosial. But thank God, Dia bagi aku skill "cepat adapt" dengan keadaan persekitaran dan juga skill sesumpah (binatang boleh tukar2 warna kulit). Instead of trying to make them understand my background, I tried to blend in to their society. Bad move but at the same time, smart jugak. Aku lebih kenal mereka-mereka ini. But they don't really understand me. The real me.
Menengah atas (senior high school) - aku 'lepaskan' sedikit demi sedikit the real me. Pantang orang usik, aku jadi askar yang bapak aku ajar. Aku pernah terbalikkan meja satu kelas gara-gara ada orang ambik kerusi aku (Kerusi aku adalah salah satu kerusi yang dalam keadaan elok pada masa tu). And mulut aku start shiii-laaa-kaaa. Aku lebih mudah say what's on my mind and be myself. This, membuatkan aku lebih ramai rakan-rakan dari opposite sex, termasuk Biskut and Kaya. And they also sedikit sebanyak dah boleh memahami latar belakang aku. They know aku bukan dari family yang senang. They know what I like etc, and most of it I can't afford. Even library membership.
So, one of them (bagi nama Anlene) selalu meminjam buku dari library untuk keluarga-keluarga yang bekerja di SHELL, MLNG, ABF - buku-buku Enid Blyton adalah favourite aku masa tu. Dia pinjam. Buat-buat baca dalam kelas, depan aku, sebab he knew I really, really loved to read. Bila aku pandang je, Anlene jeling. Dia tutup buku. Datang ke meja aku and letak buku atas meja. Ayat biasa dia pakai, "Aku dah habis baca. Ko baca la. Sayang hantar awal2".
Aku belek belakang buku. Baru pinjam ari ni. Seminggu lagi nak hantar. Masa tu, dua hari je aku dapat habiskan sebuah novel. Ye, aku suka membaca. Thanks to Anlene yang berlagak dan perasan hensem (he's very handsome btw sbb dia berdarah campur), Bahasa Inggeris aku not bad masa tu.
Another guy, kita panggil Goku - Selalu bawa komik dia ke sekolah. Ayat biasa, "Aku beli komik baru marek. Ko orang kedua aku bagi baca." Padahal aku tak mintak. And yes, aku memang suka baca komik.
Kaya selalu share his buns dengan aku. Alasan dia,"mak aku molah banyak la pagi tadi. Dah boring ku makan." And he'll eat my bekal. Yang kuantitinya sebenarnya lebih banyak dari bun yang dia bagi.
Biskut... Biskut pun sama. Sometimes belanja makan di kantin. Sometimes tanya apa aku nak. Tapi aku tak pernah jawab sebab kalau aku dapat something yang bukan parents aku beli, aku akan kena sebat.
Dan bermacam-macam lagi cara diorang menunjukkan kebaikan tapi melalui cara yang... Kalau orang lain tengok, macam sangat berlagak. Aku tak ada duit. So aku selalunya tak mampu nak bagi diorang apa-apa. Cuma yang aku pasti, masa tu aku selalu kasi pinjam telinga untuk mendengar luahan n masalah diorang. And sometimes menjadi tukang bagi nasihat. Walau pun mostly nasihat aku tak boleh pakai.
Itu dengan budak-budak elit lelaki. Dengan perempuan aku masih kurang selesa. Melainkan dengan kawan aku yang sorang tadi.
Fast forward ke 5 or 6 tahun lepas. Masa tu Friendster tengah hot and terkini.
Aku reconnect balik dengan semua jantan-jantan elit ni. Seronoknya bukan main. Anlene yang playboy masa tu ada gf yang cantik. Sepadan dengan dia. Aku di KL, dia pun di KL. We planned to meet, tapi tak pernah jumpa.
Ada sekali aku balik Bintulu, I went to my back to my old school. Kebetulan Anlene lalu, naik motor. Dia jerit-jerit dari jauh. Aku ingat ada orang nak mengorat (gila perasan cantik okay dengan spec ala nerd frame kaler merah sirap). Aku buat bodo. Pandang tempat lain. Tetiba motor dia berhenti tepi aku. Dia buka helmet. Muka macam happy. Tapi ayat yang keluar dari mulut berbaur poyos. Like before. Like always.
"Hey, how are you? Long time no see eh? Doing great?," sambil mengusap rambut ala-ala dalam iklan minyak rambut and kening terangkat. Aku jawab la aku ok. Lepas berborak beberapa minit, dia pun pergi. Aku cuma mampu tersenyum n geleng-geleng kepala.
Aku jumpa Kaya and Biskut pun dalam Friendster. Yang paling rajin mesej aku adalah Biskut. Dia selalu update pasal diri dia. And share banyak benda. Kadang-kadang, aku kembali memegang peranan asal - menjadi tong sampah tempat dia membuang masalah. Tapi aku tak kisah. Dia kawan. Sahabat lama.
Fast forward ke tahun ini.
Di Penang. Selepas banyak kali merancang untuk berjumpa sejak beberapa tahun sebelumnya, kitorg akhirnya berjumpa semula buat pertama kalinya beberapa bulan yang lepas. Before that, kitorg cuma sembang-sembang dalam Facebook (Friendster dah outdated ok. Tapi aku masih simpan akaun tu sbb mesej2 Mr J ada dalam tu ngehehehehe).
Aku teruja nak jumpa dia. Dalam masa yang sama, takut juga. I'm still me. Dia?
Worst fear confirm bila dia datang dengan perangai douchebag-nya. Fakk. Aku sungguh-sungguh menyampah. Aku rasa-rasa macam dia kutuk nasik goreng aku walaupun pada masa tu aku tengah makan chicken chop. Dia masa tu komplen makanan tempat yang aku suggest untuk hang out - Coffee Island di Persiaran Gurney.
Aku suggest tempat makan tu sebab tempat dia terbuka and aku suka suasana relax kat situ. And sebab kedua, aku nak bawa roommate aku yang kaki makan merasa makanan kat situ.
Masa tu aku rasa macam kat high school balik. Maybe sebab lama tak jumpa, aku jadi tak biasa dengan lawak-lawak sinis orang-orang elit ni. But, maybe salah aku jugak sebab bawak roommate aku. Aku tau Biskut jenis orang macam mana - And, ni first time jumpa lepas habis high school. Dia mesti tak selesa. Aku pun tak selesa. Sebenarnya, aku tak selesa jugak keluar dengan dia sorang. Sebab tu aku bawak rommate aku.... huhuuh...Wrong move I guess.
Keadaan tak sebagus dalam FB. Kitorg tak banyak bercakap. Tapi bila balik, contact balik guna FB, dia okay lagi.
Fast forward to today.
Masa nak jumpa dia, aku jadi ragu-ragu balik. Dulu masa 1st time jumpa dia, aku terkejut dengan accent dia (lama tak dengar dia bercakap secara live di depan aku), dengan cara dia etc... Sebenarnya tak banyak beza dengan masa sekolah menengah.
Step, accent nya nang kedak ya sejak skool. Sebab di rumah nya memang klakar orang puteh jak.
Masa tunggu Biskut, aku try untuk jadi aku masa di high school. Cuba untuk jadi part of his world. Tapi, aku rasa, kalau aku buat macam tu, aku akan deny siapa aku sekarang. My real self. Aku menimbang-nimbang guna dacing BN dalam otak...
So I decided to be myself and a bit of my high school persona. It's a good thing aku ajak Step dengan aku (walaupun dia mungkin kurang selesa - sorry Step!). Having her with me at that time buat aku jadi diri aku. Lebih confident hahaha.
Biskut datang - masa mula-mula jumpa, aku jadi budak sekloah menengah. Bila dia start je suggest tempat-tempat lepak yang mengarut-ngarut, aku jadi diri aku sendiri. And aku rasa, lepas high school, dia mungkin takda kawan yang shii-laa-kaaa macam aku, jadi dia a bit terkejut.
Aku terus je jadi aku sendiri - even masa lepak pun - and berlaku la kejadian tembak-menembak antara aku dengan dia di OldTown 1st Avenue...
Yang akhirnya mengurangkan ketegangan antara aku dengan dia. Dia pun kurang layan laptop and hand phone. Cuma ada masa kalau dia tak pay attention pada apa aku cakap, aku tendang kaki dia hahaha. Aku bencik kalau orang tak tumpukan perhatian masa aku tengah bercakap. especially kalau perbualan tu engkau yang start dulu.
Kemudian datang Lia dengan cerita seram kena kejar dengan lelaki India and cerita babi golek, plus si Kevin yang mengumpat pasal lecturer selepas balik dari gereja and etc... Semakin mengurangkan ketegangan.
Masa dia balik, aku mintak maaf sebab tiap kali jumpa, aku mesti bawa kawan. Aku takut dia kurang selesa. But he said it's okay. It was awkward, especially bila cerita serious tiba-tiba bertukar jadi cerita babi golek. It wasn't really his type of conversation hahaha. Tapi dia ada gelak-gelak gak. So, I guess, it was okay then... I really hope so.
Biskut - like I said earlier, is a nice guy. Lain dari Biskut yang aku kenal masa sekolah, tapi aku pasti Biskut yang lama masih ada dalam this new Biskut. Aku rasa dia try very hard to act cool, especially dengan orang-orang yang baru.
Aku ada ramai kawan-kawan yang pelik. When I said weird, sila imagine Lady Gaga dan orang-orang seangkatan dengannya. Kawan aku paling tua, lebih tua dari bapak aku. Bila orang tengok, first impression diorang biasanya buruk, negative or tersasar. But, bila masing-masing dah bergaul, boleh la menerima sikit kot. Tadi Biskut masih lagi tidak terbuka. Nampak sangat awkward hahahaha.
Aku ramai male friend dari female friend. Sebab dengan male friend, aku boleh cakap sesuka hati. Nasib baik la kuyat-kuyat perempuan yang aku kenal di USM ni, especially dalam CUS, sama spesis macam aku - semuanya jantan tak jadi - So, aku boleh cakap lepas je dengan diorang. Gurau2 culah, cakap2 culah and share whatever that's on my mind.
Bila anda ada kawan-kawan seperti yang saya ada....
You'll see yourself dengan cara yang berbeza. Dari pandangan yang berbeza. And it helps you to appreciate yourself more.
That's what my relationship with orang yang pelbagai ajar aku.
p/s : Entry ni ditulis dengan perasaan yang bercampur baur. Jadi, sila abaikan kalau ada part-part yang tak ada kaitan antara satu sama lain. Aku cuma bercerita mengikut skrip yang dikeluarkan oleh hati aku masa ni.
Ayat penutup yang bunyik macam bodo gak.
No comments:
Post a Comment