Saturday, January 2, 2010

Segumpal Ceritera

January 3, 2010
0309 hrs

Betapa lamanya aku menunggu untuk line tenet kat hostel ni betul2 kaw untuk aku upload gambar dan menaip post ni. Tambah plak dengan pundi kencing yang asek2 bocor sejak tadi + sakit perut + sakit belakang... sungguh menyeksakan!

Walaubagaimanapun, as promised dalam post sebelum ni, aku uploadkan gambar aku dan 'pak cik' aku g makan kat Poppeyes @ Mid Valley. Actually, tujuan kami ke sana adalah untuk membeli baju n suar pejabat untuk dia. Tetapi, sebelum round2 mall, kene la isi perut dulu, ye tak?







Aku makan ayam 3 ketul...tapi bukan aku yg habiskan. 'Pak cik' yang habiskan. Dia punya set sejibik mcm KFC... cuma mash potatoes n coleslaw n BUN dia lebey sedap.



'Pak cik' aku beli ikan...pun sedap gak. Tapi takle lawan ayam la. Dia makan hampir semua ikan tersebut + seketul ayam aku. Bagus ler...kasi cepat membesar!



Licin gua cakap lu....





Dia tak suka gambarnya di ambil. Tapi, dalam gambar kedua di bawah, aku sempat ambik gambar mata je huhuhu...





Lepas makan, kitorg mula la gerak survey baju. Tapi, sempat singgah sebentar di Center Court Mid Valley n tgk castle + Christmas Tree yang gigantic ni.







Itu cerita pada 31st December. Pada Christmas lepas, tengah hari 25th December, selepas sembahyang Christmas, kitorg sekeluarga berkumpul di rumah aunty aku, Aunty Maria.

Tujuannya? Untuk makan2 je la... kitorg berkumpul ala kadar je. Aunty masak kari n sayur. aku dan mummy buat ayam roasted (tak sempat ambik gambar, dah kene potong2) and, kebetulan...sayur campur jugak...









Uncle sedang memotong dan membelah ayam roasted aku dan mummy.



Sayur campur aku masak. Masih berasap2 lagi.



Sayur campur aunty masak.... dia punya ada carrot...nyum nyum!



Kek lapis Sarawak woooo...



Acara menyediakan makanan dan selepas itu, bergerak ke acara membedal...







Pada keesokan harinya (December 26, 2009), di St. Anthony's Church, Bintulu, ada mass special. St. Stephen's mass. Rev. Fr. John Chis telah berkali-kali mengingatkan para umat untuk datang merayakan missa ini nmaun, pada hari tersebut, berapa kerat sangat la yang datang.

aku dan mummy pergi. Mass ini actually diadakan untuk para altar servers renew vow. Tapi, sesiapa pun boleh ikuti mass ni. Fr. John nampak sangat tidak berpuas hati dengan bilangan orang yang datang huhuhuhu...

Selepas mass tersebut, ada acara makan2. Ada antara makanan tersebut disponsor tetapi kebanyakannya, di bawa oleh umat yang menyertai mass pagi tersebut. Simple but fun!



Makan2 diadakan di hall gereja...dah lama sungguh aku tak jejak kaki dalam hall ni huhuhuh... Sebelum acara makan bermula, Fr. John sempat 'brain wash' para servers. Erm, tp pada aku, bukan brain wash pun. cuma dia mengingati para servers untuk mendahulukan orang yang lebey tua untuk makan dulu.

















Setelah selesai Fr. Joh berkata-kata dan membaca doa makan, acara makan pun bermula... sedap woo...

















Dan, gambar penutup tirai adalah gambar KLCC yang aku ambik masa January 1st, 2010 tempoh hari. Aku tak bawa SLR so, pakai hp je. Bingit woo...sakit telinga aku dengar dentuman mercun n bunga api. Betapa ramianya orang, dengan pelbagai ragam dan gelagat. Malam tu, aku rebah di katil dalam jam 3 pagi... penat!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin