Monday, March 22, 2010

Kenyah

March 23, 2010
1359 hrs

Jam ni alang2 je. Semenet lagi nak masuk kol 2. And pada pukul 1430hrs, dia akan fly ke KL uwaaaa!!! I wish I'm there rite now. Okay, cut the crap. The title is not about him. It's about Kenyah.

Apa itu Kenyah? Google it la...

Kenyah itu adalah satu suku kaum di Sarawak, east Malaysia. Dan aku adalah anak suku kaum yang istimewa ini. Kenyah terbahagi kepada beberapa tribe (sila baca di sini). Daddy aku dari Lepo' Dikan. Mummy dari Lepo' Anan. Both sama dan berlainan ^^

Dari segi bahasa, ada few words yang ejaan sama, sebutan dan maksub berlainan. Aku tatau aku lebih berat ke sebelah mana. Tapi, kemungkinan besar, ke arah sebelah mummy. Bahasa aku rojak dan bercampur aduk. Sangat2 tidak asli hahaha. Aiyo, itu adalah sesuatu yang tidak bagus sebab, kalo aku dah bercampur sana sini, what will happen to the next generation? Dalam hal ini, aku envy my lil' big bro, si Yoyo sebab dia banyak tahu tentang adat dan apa2 yang berkaitan Kenyah. Banyak perkara aku tanya dia, especially tentang adat perkahwinan hahaha (miang...nak buat mcm mana kan).

Ramai mengatakan, orang Kenyah berkulit putih dan menyerupai oarng-orang Cina. Aku sendiri, seringkali di misunderstood sebagai orang Cina. Satu kelebihan kalo aku tahu berbahasa Cina tapi malangnya, I don't. Tau dengar sikit2 tp kalau lisan, ke longkang la maksudnya.

Berdasarkan kata2 sesetengah org yang melihat hanya sesetengah org dari kaum Kenyah, tak boleh la aku nak generalisasikan pendapat itu kepada umum. Ada jugak orang2 Kenyah yang memang bermuka Kenyah dan tidak mengikut acuan muka mana2 bangsa lain di dunia. Tapi, aku boleh kata, kaum aku sangat unik. Hanya orang kenyah akan tau orang itu dalah Kenyah hahahaha....



Perempuan di atas adalah perempuan Kenyah yang aku google-kan. Cantik, kan? hahaha - promosi. Sewel. Memang la cantik sbb banyak make-up. Tapi, seriously, memang cantik. Lebih2 lagi kalau perempuan itu dari kawasan pedalaman, kulit diorg sangat la halus dan belum tercemar.

Rata-rata or should I say, kebanyakan org Kenyah beragama Kristian. Catholic(like me!), SIB (sidang Injil Borneo), Anglican atau lain2 lagi. Sebelum Kristian, apa pegangan orang2 Kenyah? Aku pun tatau. Korg boleh google-kan dan baca apa yang di publish di web.

Tetapi, rasanya2, tak semua apa yang dipublishkan adalah betul. Lain tribe, lain caranya (dalam apa juga perkara).

Ada sites2 tertentu yang aku link kan kat tepi blog ni. Rajin2 la melompat2 dari sana ye.

Okay la, setakat ni sahaja rapuan aku. Sapa nak belajar bahasa Kenyah?

Nai tego' ake, mutu, lepa ina baru ake' ukat ngajen ikem hahahaha!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin