Wednesday, July 28, 2010

10 Things You Don't Know (or maybe already know about me but I still want to write about it)

July 28, 2010
1624 hrs

1. I love coffee, chocolate and cheese

I must have coffee at least once a day to keep my headache away. And as for cheese and chocolate, kalau aku ada beli either of those, aku rasa bagaikan hidup dalam syurga hahahaha...

I really2 love chocolate. I especially likes dark choco. As for cheese, apa aku boleh kata ekh. Aku boleh makan cheese tanpa campur pa pe pun. Even the cheese spread. Kerana cheese la, aku menyimpan angan-angan nak ke New Zealand and makan cheese sampai muak.

2. Aku suka berblog

Dan ini adalah blog aku yang aku hanya update bila ada masa.

3. Aku tak makan babi atau dagingnya.

Jangan tanya kenapa. Dan jangan tengok aku macam perkara ini sangat pelik. Kau tau tak (mungkin kau tatau... sebab tu rajin2 la berkenalan dengan orang atau membaca) ada orang yang tak boleh makan buah? Siapa lagi pelik? Aku atau dia?

4. Aku suka gosok2 kaki kat atas tilam untuk menidurkan diri.

Sangat berkesan daripada kau mengira kambing, janik, ayam atau apa2 lagi yang Cartoon Network ajar. Kadang2 aku try mengira. Tapi, bila dah sampai ke angka 15,876... aku dah lost count.

5. Aku tak tidur atau susah nak tidur.

Paling lama pun aku boleh tidur dengan nyenyak adalah dalam sejam dua. Biasanya malam2, time orang dah tidur, aku tengok room mate aku tidur nyenyak dengan penuh dengki. Nak dekat2 waktu kelas, barulah aku dapat tidur. Eh...?

6. My bestfren is my mum

Dan tiada sesiapa dapat menggantikan tempat dia. Dan TIADA SESIAPA PUN aku izinkan untuk menjadi punca mummy mengalirkan air mata. TERMASUK FAMILY AKU SENDIRI. Noktah.

7. Aku bukan pendendam. Tapi aku pemarah.

Aku cuma mendendami seorang insan je dalam hidup aku. I know, I know... sangat tak baik. Yang lain2, aku boleh forgive and forget. Tapi dendam pada dia ni, aku bawak sampai ke mati. Harap2nya, aku boleh forgive and forget satu hari nanti. Tapi buat masa sekarang, dendamnya sampai ke mati.

Dan aku sebenarnya seorang pemarah. Cuma sekarang aku tengah belajar untuk mengawal diri. Caranya, kalau marah, jangan cakap dan jangan pandang muka orang itu. Cara ini sangat berkesan. Dan kalau orang itu masih lagi bercakap, biasanya aku akan blah cepat2 sebelum aku kata atu buat sesuatu yang aku sendiri menyesal. Dan dia pun akan menyesal sebab cakap sesuatu yang bikin aku panas hati.

Tapi jangan risau. Sekarang aku dah terkawal hahahahaha... Dah tua kot hahahaha. Kalau marah pun, dengan cara yang ada class, iaitu ignore that person completely hahahahhaa... (hotak aku)

8. Aku suka dan selesa ber-jeans dan t-shirt

Aku bukan jenis bergaya. Tapi aku suka tengok orang bergaya. Aku lebih suka keselesaan. Dan praktikal. Dan untuk itu, aku lebih suka mengenakan jeans n t-shirt untuk aktiviti harian. Memang dengan jeans an t-shirt pun boleh bergaya, tapi aku tak suka aksesori tambahan.

9. Aku suka berkain batik dan ber't-shirt' lusuh

Best. Berangin. Tak sendat. Perut boleh bernafas.

10. Aku tak suka bra

Tapi terpaksa pakai sebab aku perempuan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin