Monday, August 24, 2009

Be My Boy

August 24, 2009
1820 hrs

Aku dah balik ke campus. Ari ni ada presentation. Tapi bukan kumpulan aku huahuahua. Mati2 aku ingat aku yang kene present. Boleh tahan jugak la preparation sbb tajuknya pun mudah. Sekali kauuuu...bukan aku yg present. Mangapa boleh ada kesilapan ni???

Takpe la... minggu depan giliran aku lak bercakap di hadapan. Perkara paling aku tak gemar... huh.

Well, Penang ujan sentiasa. Benci. Aku nak basuh baju pun kene fikir banyak kali. Tadi aku ke kedai mahasiswa. Beli barang2 keperluan. Kejap je duit habis... aihhh... apa la.... Tak beli kang, takkan aku nak berus gigi pakai arang ekh? Arang pun takde. Nak period nanti, takkan nak lapik pakai tisu kan? Tisu pun kene beli. Takkan nak biar darah tu meleleh kan??? Kan??? Kan??? Pastu, takkan aku nak basuh baju pakai air je kan? Mandi macam kambing kan? PAkai air je... Erm, mana2 pun perlu duit. Benci betul la. Pesal la dunia ni takde Doraemon. Banyak hajat aku ni.

Btw, semalam masa nak balik ke sini, aku rasa berat hati sesangat. Kadang2 serius...rasa malas nak belajar lagi. Org baya2 aku ramai dah kerja, tetap dan dah ada harta. Aku? Boyfren itam D350 tu je la harta aku. itu pun tak complete.

Aku ni, bukannya pandai sangat2 pun. Aku belajar pun merangkak2. Lembab. Orang lain umur 25 dah ke sana ke mari bawa kete, bawa anak... aku masih lagi terkial2 nak mula degree. Aku ada satu je... Aku ada semangat. Tapi kadang2 semangat tu pun boleh lemah bila kene tendang, kene sepak, kene terajang dengan pelbagai jenis hasutan dan kata2.

Tapi kalau aku tak buat apa yang aku buat, kata2 itu akan lebih nyaring berlagu...

Hmm...

Masa mummy hantar aku ke airport, dia kasi satu pesanan...

"Be my boy"

Well mum... I'm always your 'boy'. Never your 'girl'...

Sungguh, apa juga yang aku buat, aku cuma nak pastikan semua kebaikan itu untuk orang2 yang aku sayang. Biar hebat mana pun org bercakap, biar nyaring mana pun mereka berlagu nista, biar tajam mana pun tombak hasutan...

Aku memang akan lemah. Bohonglah kalau akau kata aku manusia yang kuat. Aku lemah. Dan aku selalu lemah bila dipalu bertalu2 dengan dugaan dan cabaran... Tapi aku yakin, aku masih kuat untuk merangkak dan seterusnya berdiri semula.

Untuk mereka yang aku sayang.

Dan kamu yang sedang membaca dan mencebek, mengata... live your life okay? Tak payah sibuk2 dengan urusan aku.

Selamat berpuasa pada sahabat2 Muslim ku esp to someone yang makan hati pada puasa pertama...

*Jangan fikirkan sangat apa yang dah pergi. Dia cuma satu noktah itam dalam idup ko. Banyak lagi yang penting dan wajib kau buat. Bukan menagisi dan mengingati dia yang sememangnya bukan milik ko! YOU ARE STRONGER BEFORE!

Jangan jadi lemah hanya kerana seorang manusia mcm ko jugak. Kalo depan mata, dah lama aku sepak2 ko ni...eiiii... geram! WAKE UP!!! krkrkrkrrkrk...

I'm not angry. Aku sayang. Sebb tu aku benci bila semua ni jadik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin