Thursday, August 13, 2009

Facebook vs Friendster vs MySpace

August 13, 2009
1800 hrs

Halo..sorry la. Aku blom upload gambar convo di USM. Baru dapat ambik gambar hari ni sbb asek ujan. Gambar pun tak banyak sbb akus ayang nak bawak boyfren itam (Canon 350D)ku kuar berjalan2.

By the way, memandangkan hari ni takde kelas (aku ada kelas 1 je ari ni. Yg lain cancel due to convo), aku melepakkan diri di library dan bermain Facebook! I'm sure all, or MOST of you ada acc di Facebook.

Well, selian FB, apa lagi yang korg ada? Aku yakin, mana2 individu yang ada FB sure2 punya ada jugak Friendster dan My Space. Dan ada jugak yang lebey lagi ada Multiply dan sebagainya.

Setiap org ada alasan sendiri punyai laman sosial masing2. Ada yang nak kekal berhubung dengan member2. Ada yang saja nak tengok profil org dan kutuk2. Ada yang saja suka2 sbb nak promosi diri dan pelbagai alasan lagi. Kadang2 kalau tengok dari akaun masing2, ada yang sampai beribu2 kawan. Kawan mende? Betul2 kenal or saja2?

Pernah jugak aku baca dari majalah, ramai org2 muda yang addicted pada laman sosial. Ada yang sampai tak tido malam, ada yang hari2 tukar layout.

Aku pun pernah muda dan pernah tergila2kan Friendster. My Space aku kurang sikit. Dan sekarang, berpindah pula ke Facebook. Kalau dulu masa di FS dan MS, aku agak longgar dalam add fren. Tapi, dengan FB, aku rasa lebey ketat kot. Kalau kenal sipi2 langsung aku tak add...tak mcm FS dan MS dulu.

Dan aku akui, aku addicted dengan FB. Kenapa?

Sbb FB banyak game yang mengkhayalkan. Itu alasan aku untuk hari2 ber'Facebook'...

Selain dari laman sosial cenggini, ramai jugak yang berblogging.

Sebelum ni aku pernah miliki bermacam2 blog. Tp aku setia meng'update' yang satu je. Dulu2 la... blog tu aku dah delete terus atas alasan2 tertentu. Dan sekarang ni, muncul pulak blog yang ni.

Kenapa berblogging?

Sebab aku org yang mempunyai banyak perkara hendak diperkatakan dan dikongsi dan aku kadang2 malu (ye la tu!) hendak bercerita. Dan adakalanya, org menyampah dan malas nak mendengar aku bercerita sbb aku punyai kecenderungan untuk bercakap tidak berhenti2... Masalah jugak....

Itu alasan2 aku untuk berada di alam siber. Dengan FB dan blog. FS dan MS aku kurang minat. Korg sumer????

No comments:

Post a Comment

LinkWithin