Wednesday, December 16, 2009

1st Reunion Geng Ginen

December 17, 2009
1557 hrs

Aku pernah menjadi seorang budak sekolah. Macam korg jugak. Zaman leleh hingus kata kawan aku. Zaman jahiliyah bagi aku. Zaman kita tidak mengerti apa-apa dan hanya hidup dan membuat keputusan mengikut hati dan bukannya kepala hotak.

Walaubagaimanapun, zaman bersekolah adalah zaman hidup di syurga bagi kebanyakan pelajar. MAsa tu la diorg jadi grup femes kat sekolah, geng hensem, geng lawa, geng anak kaya, geng kaki pukul, geng nerd.... just say it, they have it.

Zama persekolahan adalah zaman di mana kita masing2 berebut2 nak tunjuk kehebatan masing2. Kalo tak pandai time pekse (exam), tunjuk belang kat padang. Kalo dua2 bidang tu rasa2 diri bengap, tunjuk belang kat pejabat guru disiplin.

Aku? Aku zaman sekolah rasanya dalam golongan nerd jugak kot. Time skolah rendah, aku tak banyak memory. Zaman sekolah menengah (menengah rendah), aku banyak habiskan masa kat library sebab aku pustakawan. Or kat kedai koperasi sekolah sbb aku ahli koperasi. Menengah atas? Aku banyak bt hal sendiri... kadang2 kat bilik rawatan sbb aku anggota PBSM (yang ada minimal knowledge about how to sembuhkan org!) dan aku masih ahli pustakawan.

Selepas itu, aku masuk tingkatan enam. Zaman aku blajar paling bodoh. Zaman aku terlalu mengikut kata hati dan zaman aku paling banyak memendam perasaan, masalah, kegembiraan dan tekanan. Segalanya bercampur baur. Tetapi, dalam duka, aku ada suka. Suka kerana aku ada geng aku sendiri. Sekumpulan teman yang memeriahkan hari2 aku.

GENG GINEN


Gambar2 kat bawah ni adalah gambar2 dari zaman Tingkatan Enam. Tgk ler muka aku time tu hahahaha... kesian betolll...! Whatever it is, zaman sekolah adalah yang terbaik. Walaupun banyak perkara yang tak mahu aku kenang, disebalik semua tu, aku ada sebutir kenangan yang mampu buat aku tersenyum tiap kali aku rasa dunia aku mendung.



















December 11, 2009... selepas 6 tahun tamat tingkatan enam (jahanam), kami berkumpul semula. Tetapi, tidak semua Geng Ginen dapat menghadirkan diri. Yang sebetulnya, tarikh reunion adalah pada December 5. Tetapi, pada masa itu, ada yang last minute tak dapat datang. Jadi dibatalkan dan cadangannya hendak ditangguhkan ke bulan Januari. Ada yang tak setuju, jadi dibuat secara agak tergesa2 pada December 11 lepas. Apa2 pun, semuanya okay je and ... we did enjoy it.

Kebanyakannya dah beranak pinak. Ada jugak yang masih bujang (macam aku! hahahah...!). Lepas habis makan malam, yang bujang2 tu meneruskan lepak kat Mid Valley Food Centre, Park City. Double fun.



























Bila lagi nak buat? Lenkali kalo buat, kita buat dengan penuh teliti, okay?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin