Sunday, December 20, 2009

Jadi, Apa Masalahnya?

December 21, 2009
1315 hrs

Aunty Julie aku arrived Bintulu 2 days ago. Dengan family dia. So good to see them again. and malam semalam kitorg berpanggang di rumah family aku. Lots of *janik*, chick wings (hahaha), *tung ubi (sorry aa... apa nama in BM I dunno) and beers!

Aku baik semalam. Only 1 tin ^^. Lots of kids! But it was fun. It's always fun bila family berkumpul. Tired. Itu memang harus. Masak dan mengemas. But aku tak masak langsung semalam. Mummy, Daddy cousin Emen and Aunty Ping yang masak. Naik muak makan sendiri masak.

Tak ada gambar sbb aku sibuk mengemas and sibuk rehat lepas tu... selain dari sibuk terpekik terlolong larang budak2 memanjat sini sana. Bila dah ramai2, masing2 nak tunjuk terer. Lepas tu, bila jatuh terjunam, kepala landing dulu, baru la nak cari mak ^^

Pa pe pun, IT WAS FUN!

Bercakap pasa tunjuk terer, kita masing suka nak menunjuk terer. Dari kecik sampai la besar, sampai la beranak pinak. Rasa2nya, kalo time mati pun nak menunjuk terer. Keranda sape paling lawa, kubur sape paling besar and cantik! Trust me...

Kenapa ye? Aku pun mcm tu. Aku suka nak tunjuk terer padahal aku takde la terer sangat. Dalam banyak aspek. Kadang secara sedar. Kadang2 secara tak sedar. And kadang2 bila kita nampak org lain berkelakuan sedemikian, kita selalu cakap "nak berlagak". Tapi mcm mana time kita berlagak?

Dan kadang2 timbul salah faham bila org fikir kita berlagak padahal kita sebenarnya bukan nak berlagak. Dan kita pun sama selalu tersalah tafsir akan kelakuan orang lain. Macam mana tu???

^^ Nak cakap sampai bila pun takkan habis kan? Sebab apa kita fikir dan apa orang lain fikir tak sama. Cara kita berfikir pun dah tak saman, apatah lagi nak samakan apa yang kita fikir.

Aku bercakap untuk pihak aku. Takkan bercakap untuk pihak org lain.

Aku berlagak atau aku tak berlagak, hanya aku yang tau.
Orang lain tau dan orang lain tak pasti.
Tapi, kerana manusia ni fitrahnya suka bercakap, maka meraka akan bercakap apa je yang diorang nak.

Jadi, sebagai kesimpulannya, bercakap la kamu sementara kamu masih boleh dan diizinkan untuk bercakap.

Tetapi, kesan dan akibat dari apa yang kamu cakapkan itu, kamu tanggunglah sendiri.

Aku sebenarnya dah pedap (fed-up) dengan orang di sekeliling aku dan "apa mereka kata".

Jadi, aku akan terus buat hal aku sendiri sama ada kau suka atau tak suka. Sebab apa kau buat pun ada yang aku tak suka.

Jadi, apa masalahnya?

Kita sama saja. Live with it.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin