Tuesday, September 1, 2009

"Holier Than Thou"

September 3, 2009
1217 hrs

Walaubagaimanapun, aku takkan pernah doakan kemusnahan hidup atau kecelakaan seseorang.

Bagaimana begitu mudah seseorang dapat menebak apa yang dalam jiwa seseorang yang lain? Adakah ia begitu tampak? Mengapa dengan mudah ekspresi itu ditafsir dengan membabi buta? Apakah semuanya harus terpamer untuk tatapan umum maka dengan itu kepuasan dapat dicapai?

Mengapa persoalkan apa yang kesedihan,kesugulan, kekecewaan dan kekecewaan orang lain? Mengapa hendak disamakan dengan apa yang dalam hati sendiri?

Jika kau rasa begitu, aku juga begitu. Cuma mungkin cara kita melepaskan dan mempamerkannya lain. Begitu juga bagaimana kita mengekspresikannya.

Apa yang kau nak ekceli? Kau nak aku menangis air mata darah? Bunuh diri? siat daging aku sendiri? Bagaimana kau nak aku tunjukkan supaya kau nampak? Bagaimana aku nak lukiskan kekecewaan dan hampa pada air muka? Bagaimana?

Kenapa? KENAPA? KENAPA???????

Aku ada kesabaran. Tapi kesabaran aku pun ada batasannya. Aku redha. Aku terima. Tapi tidak sepenuhnya apa yang terjadi. Aku mengelak dan aku putuskan sampai di sini sahaja kerana aku tak mau lukakan sesiapa lagi. Kau cuma nampak hati kau yang bernanah.

Dengan mudah kau lepaskan segala yang bersarang di hati. Memang, aku tau kau marah dan sakit hati. Sebab itu aku diam. Tapi diam itu juga menimbulkan kemarahan. Bila aku bersuara, kau kata aku cari nahas. Apa lagi?

Kau sumpah seranah aku. Seluruh kehidupan aku. Bagus. Aku sangat berterima kasih untuk itu. Tiap kali kau bersuara, hanya sumpahan yang terbit dari mulut yang dipinjamkan pada kau.

Terima kasih banyak2 untuk itu.

Dan untuk sumpahan kau, aku doakan kau bahagia sepanjang kehidupan kau di dunia ini, dipermurahkan rezeki, dan diberkati dalam setiap tindak tanduk kau. Aku juga mendoakan agar kau temui ketenangan dan kemewahan yang kau cari2 selama ini.

Banyak kali kau tegaskan aku ni cuma manusia hina yang konpem2 masuk neraka. Aku iyakan sahaja. Aku tak menyangkal kenyataan itu. Kerana aku sedar aku berpijak di mana dan apa yang pernah aku tinggalkan. Ya, kau sememangnya holy dari aku... Oleh kerana itu kau rasa kau boleh menyumpah agar kehidupan aku celaka di dunia ini.

Terima kasih wahai anak Adam.

Para pembaca sekalian,doakan kehidupan anak Adam yang aku sebutkan dalam post kali ini.

Terima kasih.

Dan untuk menjawab persoalan dalam hati kalian, TIDAK, aku belum mereng lagi dan aku tidak merapu atau merepek dalam entry kali ini. Dan tolong jangan tanya apa2 terutama menerusi sms.

Kalau kau org baik hati, BANTU aku untuk doakan orang ini.

Tidak... aku tak benci atau marah. Cuma kesal. Kerana org yang hanya dapat melihat kesengsaraannya sebenarnya mempunyai hati yang buta.

Maafkan aku kalau entry ini menyinggung mana2 pihak. Entry kali ini luahan hati aku. Ramai yang aku sayang. Tapi yang aku sayang itu terpaksa aku tinggalakan. Cuma tak mungkin akan aku lupakan.

Biarlah kalau kau rasa aku berdrama atau apa saja.

Tak perlu aku jelaskan pada manusia. Biar Dia saja yang tahu. Dan seseungguhnya, aku redha dengan apa yang kau dah katakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin