Friday, October 9, 2009

M.A.R.A.T.H.O.N

October 9, 2009
1829 hrs

Selamat petang dan salam sejahtera pada semua. Tangan aku dah rasa kurang darah ni huhuhuhu.

Well, sekarang ni baru aku ada peluang nak duduk rehat. Sambil2 bertenet. Tak pernah aku rasa bergerak tak berhenti-henti macam ari ni hahaha...

Mula kol 7.30am tadi, aku bangun n siap2 p kelas pertama untuk ari ni. Pepagi dah rasa tensen sebb pensyarah tu kasi esemen, kene siap b4 5pm warrrggghhhh!!! Esemennya, base on cerita 3 Abdul P. Ramlee, listkan Maksim yang ada, 8 ayat Ilokusionari and 8 ayat Perlokusionari. Kuliah hari sebelumnya aku tak p sbb aku tido jam 7.30am so agak blur. Dah sudahhh... dia suh buat dalam group. Aku takde grup. Ahli2 kump aku pun aku tak ingat saper wakakaka... Takpe, nanti kita setel yang ni.

Sejam lepas tu aku bergegas ke hostel lepas tamat kelas sebab nak prepare for presentation YKT102. Actually, sebelum kelas kol 8am tu, aku tak sempat sarapan sbb dah bangun lambat. Tapi, seb baik la g kelas tak lambat. Tak sangka lak aku bleh mandi sepantas cirit birit pagi tadi hahahaha...

So, bila sampai hostel, aku terus bancuh coffee and buat persiapan untuk kelas kol 10am. Bt nota ringkas and try to fahami some facts. Bila dah siap ala kadar dengan facts tersebut, aku teguk coffee yang dah sejuk (tak sedaaappp pasal dah sejuk and buat aku rasa nak muntah) and g bilik member aku. Kitorg satu grup kumpul kat bilik dia untuk buat latihan b4 real presentation. Tetapi, salah sorg dari member kump lewat jadi kitorg kensel latihan and terus ke kelas. Thank God malam sebelumnya kitorg dah bt latihan sket2.

Dah selesai kelas YKT102, aku ke Pusat Pengajian Komunikasi untuk hantar assignment YKT101. God knows betapa seksanya berjalan dengan perut rasa tak selesa lepas minum kopi sejuk tadi... dah ler Pusat Komunikasi nun kat atas bukit. Aku n Kuan (teman setia... mcm Digi nyer Orang Kuning...thanks for always being there!) menapak melalui Pusat Seni, ambik short cut. Dari sana, kitorg g makan kat Red House. I know... I know...sangat jauh. Tapi I'm craving for chinese food and aku tak makan daging on Friday. Sana banyak choice sayur mayur and ikannya sedapppp!

Kitorg makan serileks dan sepantas mungkin hahahaha...Lepas makan, kitorg blah. Kuan balik ke desa and aku ke perjumpaan CUS. Dengan makanan yang melantun2 dalam perut sbb aku berlari2 ala babi yang comel, aku selamat sampai di area DKU (dewan Kuliah Utama). Tetiba phone berbunyik...Kuan tepon. Katanya sorg member aku dari kuliah awal pagi, Janetta (comel) ada video 2 Abdul and ajak aku join grup dia siapkan esemen. Aku tgk jam, dah lebey kurang 12noon. Banyak kali gak aku turun naik tangga bilik tutorial... Lepas tu, aku ambk keputusan bt esemen dulu. So, aku sms Maureen (CUS) and kasi tau aku lewat.

Lagi sekali makanan dalam perut aku melantun2 bila aku berlari dengan penuh kiut ke desa aku, CG (Chaya Gemilang). Janetta and grup dia dah pun ada kat care...tgh ready2 nak start perbincangan. I know I smell like hell sbb berpeluh tapi dah tak kisah. And lepas tu, kitorg pun crack telinga and crack kepala otak dengar SETIAP AYAT YANG DIUTARAKAN untuk cari apa yang diminta oleh puan pensyarah. Luckily it was P. Ramlee's movie so, tak bosan.

Kusyuk bt kerja, aku tgk jam... dalam 2pm masa tu dah habis mendengar dialog dalam 3 Abdul. Aku sms Maureen untuk tanya still boleh masuk tak CUS tp dia tak reply. So, aku bt keputusan untuk stay and susun semula apa yang kitorg dapat dari movie.

Dalam kol 3pm, Maureen sms aku. Katanya baru nampak sms. And dia inform kelas YKT101 kul 3pm batal. Pergghhh... aku lupa pasal kelas. Nasib baik kensel. Kitorg siap menyusun semula dialog2 tu dalam kol 4pm and lepas tu aku naik ke bilik, kumpul semua buku2 lib yang aku pinjam (8 semuanya...penuh kad aku hahahaha) sbb nak pulangkan sambil print out esemen yang dah setel tadi. Aku p dengan Bayang and Tim (org baru aku kenal hari ni kekekeke). Bay tolong bawak buku2 aku...Thanks ya! Seb baik dia ada... tangan aku lenguh sebb... nanti aku ceritakan.

Aku kene denda 80sen sbb ada buku yang dah expired tarikh pemulangannya hahahaha. Lepas tu, aku turun ke tempat photostat and setelkan apa yang patut kat sana. Dari situ, kitorg bertiga (aku, Bay and Tim) p Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan untuk hantar esemen. Berlari2 anak (naik tangga demi tangga) sbb jam dah 4.30pm. And bila jumpa puan pensyarah tu, barulah aku rasa satu beban kat bahu ni terangkat sket...

And then aku di sini, tgh download gambar raya hari tu yang di hantar oleh kakak angkat aku, Kak Nani.

Owh... pasal tangan.lengan aku yang lenguh tu, ceritanya begini...

Malam Isnin lepas, power supply (box) computer aku rosak. Kesannya, aku tak dapat nak on pc la. Hari Rabu aku kene antar esemen falsafah and Jumaat (ari ni) kene antar YKT101. Gelabah juga sbb esemen aku semua dalam pc. Thank God, falsafah aku ada dalam pendrive sbb aku buat esemen ni masa raya ari tu... cuma, dalam pendrive versi tak siap. Jadi, nak dijadikan cerita, tengah hari Selasa aku pinjam laptop kawan lain and retype bahagian akhir esemen falsafah aku. Duit plak takde nak repair pc... time tu aku cuma ada lebey kurang RM20++ dalam tabung kewangan. Tension gak...

Bila Rabu menjelang... aku submit falsafah ikut time. Thank God. Sekarang, masalah esemen YKT101 and aku kene prepare untuk presentation YKT102 yang dua2 dateline nya hari Jumaat. Kebetulan pulak masa tu, mak aku tepon dan mengatakan dia ada menyalurkan bantuan kewangan. Ekceli, duit tu untuk bayar hostel. Tapi, sekarang aku ada masalah dengan pc. So, aku terangkan pada dia. God knows mcm mana tersepitnya aku time tu. Dalam kepala, esemen-komputer-esemen-komputer....

Aku ke Sg 2 ditemani Kuan. P kedai pc nak tanya apa agaknya masalah pc aku (time tu tatau lagi apa masalahnya. Menurut few friends yang aku tanya, kemungkinan power supply). Aku tanya 3 kedai, semua price berbeza. Aku jugak dah tanya Canselori (bahagian bayar2 atau buat2 utang USM) kalau2 aku bleh tangguhkan bayaran hostel sbb takut kene bar (takut2 mcm MIIM laaa... sket2 nak bar, sket2 nak bar). Paling2 sampai lepas habis exam. Kakak tu kata, no hal... Masih bleh duduk exam. N then aku tanya pendapat mami, which one first. And dia kata, which one is more important. So, aku p repair pc.

ku balik desa, tanggalkan wayar and angkat cpu. Untuk makluman, aku takda laptop sbb aku tak mampu nak miliki lap top. Bagi sesapa yang tau, bayangkan mcm mana aku angkat cpu besar gedabak tu dari CG sampai ke Sg Dua... sampai kedai tu, menggeletar tangan aku. Kuan ada tapi segan nak susahkan dia. Dah la member tu makin 'slim' hahahah...Dun marah k... Dia takde kaitan pun dengan pc aku tapi dia pun share kesusahan hatiku ini huhuhuhu....

'Anak' aku kene 'operate' lebey kurang 15 min. Lepas tu, dia okay. Sekrg, nak bawak balik ke CG pulak. Aku ajak Kuan makan dulu sambil kasi getar lengan/tangan aku ilang. Sambil2 tu aku try tanya sesapa bleh tolong. Bad luck, takde yg ada kenderaan bleh tolong. And then aku sms Monica tanya kalau2 aku bleh sewa kete member2 dia. Dia kata, takpe... I dun hv class, I come and help u to carry. Dia datang, kitorg mkn dulu and siap2 nak gerak balik.

Aku angkat sampai 'sangkar burung' (Cafe Siswa)... lepas Dk Foyer. And Monica sambung angkat. But, disebabkan keberatan cpu tersebut, aku ambik alih lagi. Sian plak aku nengok... Thanks Mon sbb tlg ringankan beban aku kejap.

Sampai CG, aku naik tangga laju je sbb dah nak tiba bilik. Sampai2 aku terus connect wayar etc... Thank God segalanya selesai. Malam tu juga aku pulun buat esemen YKT101... sampai la ke pagi jam 7.15am (agak2). Kelas aku start kol 8am. Aku cakap kat Janetta, nak tido jap dlm 5-10min sbb satu badan aku dah rasa mcm nak tercabut sendi.

Sedar2 dah kol 9am...melepas kelas... Bila esemen YKT101 dah siap, hari Khamis aku nad member2 grup presentation YKT102 start serius bincang pasal presentation. And hari ni... segalanya selesai. Cuma ada pertempuran akhir je lagi..final exam!!!

Well... masa pc aku rosak serius aku rasa sangat2... tatau nak cakap. Dah le takde pinjaman pelajaran etc, duit ada plak cukup2 mkn...pergghhh... mmg tercabar rasa iman time tu.

Pa pe pun, semuanya dah setel... dan sekali lagi, thank Him for everything. the good and the bad... Aku mesti ada buat salah sbb tu aku kene 'hukuman' bertimpa2... Apa2 pun, di kesempatan ini, kalau aku ada menyakiti sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja, maafkan aku. Kadang2, sebagai manusia, terutama yang jenis macam aku, mmg banyak buat salah. Cuma, aku nak korg tau (bg yang tatau), cara aku bercakap mmg sarcastic and tone aku mcm sial bt, hati aku tak bermaksud demikian... time2 mcm ni, rindu lak ngan Ema... dikau sorg je la yg paham...

K la... byeeee...... GBU all!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin